Omar yang merupakan seekor haiwan peliharaan di Australia ini
dikatakan memiliki saiz tiga kali lebih besar dari kucing normal sehinggakan
beratnya kini mencecah 14 kilogram.
Dek
kerana keistimewaan yang dimilikinya ini, Omar juga tidak lama lagi bakal
dinobatkan sebagai Kucing Terpanjang di Dunia oleh Guinness World Record.
Al-kisahnya,
kucing berwarna coklat cair ini dikenali selepas muncul dalam laman sosial,
Cats of Instagram.
Gambarnya itu
sekali gus menarik perhatian Guinness World Records yang
menghubungi pemilik kucing tersebut, Stephy.
Stephy
kini dalam proses mengirimkan ukuran Omar yang bersaiz 120 sentimeter.
Menurut Stephy,
dia dan kekasihnya,Rowan Lawrence memelihara Omar ketika masih bayi.
Selain dari
tubuh badannya yang besar, Omar juga dikatakan gemar makan daging kanggaru.




0 comments:
Post a Comment