China - Seorang wanita di Anhui meninggal dunia secara tragis selepas dia menggugurkan anak sebanyak empat kali dalam masa setahun kerana mahu memenuhi keinginan suaminya untuk mendapatkan seorang anak lelaki.
Empat tahun lalu, wanita berkenaan melahirkan seorang anak perempuan. Selepas China menamatkan polisi 'seorang anak' pada tahun lepas, wanita itu ditekan oleh suaminya supaya melahirkan anak lagi, tetapi kali ini bayi itu mestilah lelaki.
Bagaimanapun, setiap kali wanita itu mengandung, pasangan terbabit mendapati hasilnya masih lagi perempuan. Selepas itu, si suami itu akan memaksa wanita tersebut menggugurkan anak terbabit.
Wanita itu kemudiannya diceraikan oleh si suami apabila dia menderita sakit selepas kerap kali menggugurkan anak.
Wanita tersebut kemudian menggunakan wang cerainya untuk berubat di Shanghai. Bagaimanapun, doktor tidak berjaya menyelamatkannya, lapor China Youth Daily.
Namun, doktor tidak menjelaskan punca wanita itu mati.
Lebih malang, si suami itu langsung tidak melawat bekas isterinya yang berbulan-bulan terlantar di hospital.

0 comments:
Post a Comment