Aneh dan jijik, namun itu yang dihadapi oleh seorang wanita, Lisa dari
daerah Detroit, Michigan, Amerika Syarikat.
Wanita berusia 43 tahun ini menghadapi ketagihan yang luar biasa, iaitu
memakan bulu kucingnya semenjak 15 tahun lalu.
Dia membuat pengakuannya itu dalam satu temu bual dengan sebuah
rancangan, My Strange Addiction di saluran TLC.
Menurut wanita tersebut, setiap hari dia akan mengumpulkan bulu kucing di
sekitar apartment, termasuk di lantai dan belakang sofa bagi memuaskan nafsu
peliknya itu.
Walaupun begitu, menurutnya bulu kucing yang paling sedap adalah dari
tubuh kucing dan bukan yang telah gugur.
Dia percaya,
tindakannya itu dapat mengeratkan hubungannya dengan kucing dan memakan bulu
haiwan peliharaannya mampu memberikan ketenangan.
Dia
menjelaskan, prosesnya ‘menikmati’ bulu kucing adalah dengan mencuitnya sedikit
lalu memasukkan ke dalam mulut, mengunyah, mengeluarkannya kembali dan
memasukkan kembali ke dalam mulut.
Tambahnya,
proses tersebut boleh disamakan dengan aktiviti mengunyah gula-gula getah.
Kini, ketagihan
luar biasanya telah mengakibatkan beliau sudah memakan 3200 biji bebola yang
dibentuk menggunakan bulu kucingnya. – MYNEWSHUB



0 comments:
Post a Comment