Tuesday, July 4, 2017

Filled Under:

TEPPY D CAT - IBARAT MATI HIDUP SEMULA BUAT TEPPY YANG JATUH DARI FLAT DAN TERSADAI DALAM LONGKANG

April 2015 Namy panggilan kepada penjaga Teppy telah menyelamatkan seekor kucing malang yang jatuh dari bagunan flat dan kucing ini dijumpai di dalam longkang dalam keadaan yang parah dah kaku kesakitan. Dalam mata kasar Teppy sudah tiada harapan untuk hidup ketika itu. Teppy tidak bergerak mahupun mengiau lagi. Teppy ketika itu berusia 2 bulan. Namun usaha dan tawakal Namy tetap membawa Teppy ke vet dengan 1001 harapan untuk menggarapkan keajaiban untuk peluang hidup kepada Teppy.

Doktor telah mengesahkan tulang pinggul telah terkeluar dari asal. Selepas rawatan Teppy dapat menggerakkan dirinya walaupun ekornya sudah mati. Sejak dari itu Teppy bergantung kepada ubat saraf dan buah pinggang. doktor memberi anggaran Teppy hanya dapat bertahan 1 2 bulan sekiranya dia masih hidup saat itu

Tapi itu hanya la anggaran andaian yang bijak pandai. Tapi yang menentukan adalah Allah yang esa. 2 tahun sudah berlalu. Teppy masih bertahan tetapi keadaannya amat menyedihkan. Dia tidak boleh jalan seperti kucing biasa dan hanya mampu mengesot. dan memerlukan rawatan susulan cuci buah pinggang 3 kali seminggu dan ubat ubatan. Teppy juga mengelami kencing berdarah sentiasa.
Namun Ibu tunggal kepada 2 orang anak ini tetap tabah merawat Teppy.

Semoga ada yang baik hati tampil meringankan beban Namy. Admin salute usaha Namy yang tak pernah putus asa demi nasib bulus yang memerlukan bantuan

Selain Teppy Namy juga adalah penjaga Tears Budak Gigi yang di ambil dari pasar Selanyang dipukul dengan kejam sehingga parah. Kisah Tears pernah viral suatu ketika dulu
















0 comments:

Post a Comment