Selama hampir sembilan tahun
menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya
telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam
banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya
lupakan sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan
30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan
satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di
Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap
untuk menghabiskan cuti semester.
Saya menetap di Mekah mulai
1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak.
Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan
nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji
Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak
sulung dalam keluarga.
Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan
rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya
nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
Sebaik sampai, saya membawa
mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah,
segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah,
semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang
sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.
Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi
Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang
dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah
wanita berkenaan. “Kakak ni sakit,” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.
Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah
nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
“Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri,
cepat tolong saya…kita bawa dia ke hospital,” kata saya.Tanpa membuang masa,
kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang
terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke
tempat penginapan masing-masing.
Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan
diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun
semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. Sementara
itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan
wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan
menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui
perkembangan wanita tersebut.
Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri.
Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas,
maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti
itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu
dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab
pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital
madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk
mengerjakan ibadat haji.. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah.
Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor
bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya
stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di
hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya.
Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi
sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan
erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni
bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??
Saya bertanya kepada wanita tersebut, “Kenapa kakak menangis?”
“Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi
benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat.”
“Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?” tanya saya
masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab
pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara , menceritakan kepada saya
mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar
oleh kita semua. Katanya, “Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan
lelaki orang putih. Tapi kakak silap.
Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu
apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat
kakak dan suami kakak tak buat.
Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja,” katanya tersedu-sedan.
Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja,” katanya tersedu-sedan.
“Habis yang kakak pergi haji ini?”
“Yalah…kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi.”
“Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?” tanya saya lagi.
“Yalah…kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi.”
“Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?” tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat,
wanita itu menceritakan, “Mazlan…Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya.
Semasa koma tu, kakak telah di azab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas
segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.
“Betul ke kak?” tanya saya, terkejut.
“Betul ke kak?” tanya saya, terkejut.
“Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh
Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan
balasan syurga. Kakak rasa seperti di azab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak
pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api.
Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit
kakak minta ampun minta maaf kepada Allah.”
“Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan
penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini… putus,
jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan
main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api
itu dan kakak ambil buah dada tu balik.” tanpa mempedulikan pesakit lain dan
jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam
sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan
daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat
pedih.
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak
bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, “Hari-hari kakak diseksa. Bila
rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut
kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak.
Azab itu cukup pedih…pedih yang amat sangat…tak boleh nak diceritakan. ” sambil
bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia
betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.
Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya.
Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. “Mazlan…kakak ni nama
saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar.
Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa
tidaksedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam.
Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan
buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. “Bila ditelan saja buah-buah itu,
duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula
perut kakak.
Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan
pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah
itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan
saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar
hangus.
Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini
tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta
minuman, tapi…kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.
Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua
terpaksa kakak lalui… azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang
kakak hidup di dunia ini.”
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun.. Terasa
sungguh kebesaran Allah. “Masa di azab itu, kakak merayu mohon kepada Allah
supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup
sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan
bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan
ingkar perintah Allah akan jadi umat yg soleh.
Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung
segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan
sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.”
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu
Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada
balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima,
kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah,
wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
“Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih
macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan
kakak dahulu. Kakak bertaubat… kakak taubat nasuha,” katanya sambil
menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya
membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak
henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib,
dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
“Kakak…yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke…” tegur saya.
“Kakak…yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke…” tegur saya.
“Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak
makan semasa kakak lapar.” menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam
Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.
Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan
dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan
tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya
menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan
kesihatannya.
“Tak boleh Mazlan.. Kakak takut…kakak dah merasai pedihnya azab
tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu,
Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul bertaubat.”
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, “Mazlan, kalau
ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka,
pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak
tak mau wanita lain pula jadi macam kakak.
Semasa di azab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah
setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang
lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang
lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10
dosa.”
“Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu.
Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak
dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari,
kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah…”
“Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta
tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat.
Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada
nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam,
tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang
bukan Islam.”
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita
tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita
yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya di
azab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong,
kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan
azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia
bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya
secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu
perkara ghaib?
Janganlah bila kita sudah
meninggal dunia, bila kita sudah di azab barulah kita mahu percaya bahawa “Oh…
memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal….” itu dah
terlambat.
REBUTLAH 5 PELUANG INI
SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN
WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI
” SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT….”
WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI
” SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT….”
0 comments:
Post a Comment