Bella Astillah, isteri kepada pelakon Aliff Aziz telah membuat kenyataan
mengesahkan dia memang dikasari ketika menemui suaminya bersama seorang wanita
di sebuah pusat hiburan di Cheras, petang semalam…
Wanita berkenaan merupakan pelakon baru yang juga adik kepada pelakon
popular di Malaysia.
Menurut Bella Astillah, ini bukan kali pertama suaminya ‘kantoi’
menjalin hubungan dengan pelakon baru itu.
Namun ini adalah kali pertama dia dikasari Alif Aziz yang mendatangkan
kecederaan di muka dan lututnya.
Pelakon tersebut juga pernah berlakon dengan Aliff Aziz dan Bella
mendakwa, wanita itu sering mengganggu suaminya di set penggambaran drama
Izinkan Aku Mencintaimu.
ALIF MARAH RAKAM BUKTI
“Dia marah apabila saya merakam gambarnya bersama wanita itu dan merampas telefon bimbit di tangan saya.
“Ketika itu kami bergelut manakala telefon saya dipegang oleh wanita
terbabit yang cuba memadam bukti itu.
“Akibat pergelutan itu saya luka di dahi dan lutut,”
“Saya dapat tahu Alif ada wanita lain ketika sarat hamil. Sudah banyak
kali ‘kantoi’. Walaupun sedih saya memaafkan dia pada Ramadan lalu.
“Bagaimanapun saya tidak sangka, mereka masih keluar berdua meskipun
wanita itu tahu saya kini dalam pantang. Saya juga sudah menasihati wanita itu
supaya tidak mendekati alif lagi tetapi dia tidak peduli.
“œMalah, dia menegaskan sudah mempunyai teman lelaki dan Alif yang
mencarinya.
“Saya ada bukti mereka menjalin hubungan termasuklah perbualan di
aplikasi WhatsApp,”
“Ramai kru mengadu wanita ini menggoda suami saya. Bukan niat saya mahu
menyalahkan sesiapa tetapi apa yang berlaku ini memang tidak patut.
“Sebagai wanita, dia sepatutnya faham status Alif dan keadaan saya yang
masih berpantang,”
Bella Astillah berkahwin dengan Alif pada November tahun lalu dan baru
menimang anak lelaki berusia 20 hari.
Sumber: Metro VIA
0 comments:
Post a Comment