Pihak Polis Sibu petang
semalam dilaporkan telah menyerbu sebuah gerai makanan selepas premis itu
didapati menjalankan aktiviti sembelihan dan menjual daging anjing di
Lorong Rambutan di sini, lapor Bernama.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Saiful Bahari Abdullah berkata, lelaki berumur 54 tahun itu yang juga pemilik premis terbabit telah ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti penyembelihan berkenaan di mana dua ketul daging anjing telah berjaya dirampas.
Gerai makanan itu dipercayai telah menghidangkan menu berkenaan sejak 30 tahun lalu dan hanya diketahui selepas serbuan dilakukan hasil kerjasama PDRM, Jabatan Veteriner Sibu dan Majlis Perbandaran Sibu (MPS).

Menurut beliau juga, suspek telah
mengaku dia terlibat dalam kegiatan tersebut, suspek akan direman
bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 428 kanun keseksaan.
Serbuan itu dilakukan sebagai langkah pencegahan
penularan wabak rabies yang menular di negeri ini berikutan terdapat kes baru
rabies telah dicatatkan.
Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
dalam satu kenyataan semalam, mengesahkan terdapat satu lagi kes baru rabies
dari Kampung Ampungan, Serian selepas melalui ujian makmal dan menjadikan empat
kes dicatatkan di negeri ini.
Dua kanak-kanak meninggal dunia kerana penyakit itu
manakala seorang lagi dilaporkan masih kritikal dan tenat di Hospital Umum
Sarawak. - Siakapkeli.my

0 comments:
Post a Comment