PERDANA Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak boleh digelar sebagai Bapa Sistem Pengangkutan Awam
kerana hasil kejayaan beliau menggerakkan serta memperbaiki sistem pengangkutan
awam di negara kita.
Demikian dinyatakan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow
Tiong Lai kepada Oriental Daily.
“Projek Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang
sepanjang 51 kilometer dijangka beri manfaat kepada 150,000 penumpang setiap
hari. Ia juga dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan kadar pengurangan
160,000 kenderaan memasuki bandar setiap hari,” kata Tiong Lai.
Menurut beliau, sehingga hari ini, fasa satu MRT Sungai Buloh ke
Semantan mencatatkan dua juta penumpang sejak ia mula beroperasi pada Disember
tahun lepas.
“Saya yakin jumlah penumpang yang menggunakan MRT ini akan
meningkat selepas fasa kedua ini memulakan perkhidmatannya.
“Negara kita kini memiliki empat laluan pengangkutan awam yang
baik seperti Monorel, Transit Aliran Ringan (LRT), KTM Komuter dan MRT dan
ditambahkan pula Kereta Api Berkelajuan Tinggi ( Kuala Lumpur-Singapura) yang
dijangka siap pada tahun 2026 serta kereta api pantai timur.
“Selain itu, rakyat turut menikmati perkhidmatan bas percuma Go
KL, Sunway Bus Rapid Transit (BRT), Projek Tambahan LRT dan LRT3 pada masa
depan serta jajaran kedua MRT, ia sesungguhnya dapat menggerakkan pembangunan
ekonomi negara,” kata Tiong Lai.
0 comments:
Post a Comment