Charlie dan ketiga-tiga adik-beradiknya
ditemui terbiar dalam sebuah kotak tertutup di kawasan perkhemahan ketika
mereka baru berusia beberapa hari. Ia merupakan hari di dalam musim panas,
sudah tentulah anak kucing yang baru lahir tidak dapat bertahan untuk terus
hidup.
Nasib baik ada seorang wanita menemui mereka sebelum sudah
terlambat. Selepas melihat ibu mereka tiada di sekitarnya maka beliau membawa
mereka ke tempat perlindungan haiwan.
Kucing-kucing itu diberi minum susu sepanjang masa. Walaupun
mereka mempunyai permulaan hidup yang sukar, namun mereka perlahan-lahan cuba
untuk kekal hidup. Apabila mereka sudah cukup matang untuk diterima keluarga
baru, maka mereka akan pergi bersama keluarga baru mereka, kecuali Charlie.
Apabila tiada siapa yang berminat untuk
mengambil Charlie, wanita yang membawa Charlie ke pusat perlindungan
bertanyakan kepada anak perempuannya jika beliau mahu mengambil Charlie sebagai
haiwan peliharannya. Lantas anak perempuanya berkata ya. Sejak itu, pasangan
tersebut hidup gembira bersama.
“Charlie adalah kucing yang paling penyayang yang pernah saya
jumpa,” kata Chandler Alteri, ibu Charlie.
“Apabila saya pulang daripada kerja, Charlie akan
berjalan ke pintu lalu berdiri meminta untuk diambil dan dipeluk. Charlie suka
dipegang dan dibelai. Ia sangat baik dengan kanak-kanak, anjing, orang yang
tidak dikenali dan tentunya sangat baik dengan anak kucing dan kucing lain.”
Tidak lama kemudian, Alteri memutuskan untuk
cuba mengambil anak kucing baru, dan menghubungi ASPCA,
seterusnya membawa pulang dua ekor anak kucing, Bitsy dan Jitterbug.
Pada
mulanya, beliau meletakkan anak kucing di bilik mandi kerana beliau tidak pasti
bagaimana Charlie akan bertindak balas dalam berkongsi rumahnya dengan mereka.
Ternyata, beliau tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan.
“Charlie
beria mahu masuk ke dalam dan melihat mereka,” kata Alteri.
“Apabila saya membiarkan ia
masuk ke bilik mandi, ia terus menjilat anak kucing itu. Saya melihat selama
berminggu-minggu ia menjaga mereka. Saya tidak pernah melihat sesuatu seperti
itu. Mereka malu pada mulanya, tetapi kerana mereka menyukai Charlie dan
Charlie menyayangi saya, mereka mula mempercayai saya.”
Dengan bantuan dan
bimbingan Charlie, Bitsy dan Jitterbug berjaya menyesuaikan diri. Mereka kini
telah membela kira-kira 25 ekor kucing, dan Charlie telah menyayangi dan
menjaga mereka seolah-olah mereka adalah bayinya sendiri.
“Charlie suka menjilat
anak kucing dan membelai mereka,” kata Alteri.
“Malah ia juga jadi ibu
susuan palsu! Ia juga suka bermain sembunyi-sembunyi dengan mereka. Ia akan
pergi bersembunyi di suatu tempat di apartmen, mengiau. Kemudian ketika ia
mendengar mereka datang, ia melompat keluar daripada tempat persembunyian dan melompat
ke atas mereka! Ia sungguh lucu!”
Ramai orang mungkin
terkejut dengan tingkah laku Charlie kerana ia seekor kucing jantan, tetapi
setiap kali ia melihat anak kucing kecil yang memerlukan kasih sayang dan
perhatian, naluri ibu bapanya muncul.
Jelas sekali ia merupakan ayah angkat
terbaik yang pernah dilihat orang. Charlie dilihat untuk membantu anak kucing
tersebut untuk belajar dan membesar dengan sempurna.
Charlie mempunyai permulaan yang sukar untuk hidup, dan itu
mungkin sebab mengapa ia membantu dan menjaga anak-anak kucing. Alteri
menyelamatkan nyawanya, dan sekarang ia menghabiskan hidupnya setiap hari untuk
membalasnya.
“Charlie menjadi pelindung kepada anak-anak kucing,” kata
Alteri. “Kadang-kadang ia akan duduk di atas almari pakaian atau di atas sinki
bilik mandi dan akan memerhati serta memantau mereka. Sebaik sahaja mainan anak
kucing tersekat di celah sofa, Charlie akan membantu mengeluarkannya.”
Charlie membawa kegembiraan dan kasih sayang kepada setiap anak
kucing angkat dan juga kepada ibunya. Alteri sangat bersyukur kerana
dikurniakan sahabat baik yang penyayang seperti Charlie.
“Ia adalah ‘pemberian berharga’,” kata Alteri, “dan saya tidak
fikir ada kucing lain di dunia yang berharga seperti dia.”
0 comments:
Post a Comment