NASHVILLE – Seekor kucing yang mempunyai masalah obesiti terpaksa
menjalani latihan senaman menggunakan mesin treadmill untuk membantunya
mengurangkan berat badan, lapor New York Daily News kelmarin.
Kucing berusia 10 tahun itu yang dikenali sebagai King Leo memiliki
berat badan mencecah 14 kilogram (kg) dan hampir sukar bergerak akibat
kegemukan.
Haiwan berkenaan kini ditempatkan di sebuah pusat penjagaan haiwan di
bandar ini selepas ia dibuang oleh tuannya.
Pusat jagaan tersebut juga terpaksa mencukur bulu kucing berkenaan bagi
memudahkan ia berjalan di atas mesin treadmill.
“King Leo suka berjalan di atas treadmill dan kami tidak menghadapi
masalah untuk membantunya bersenam,” kata seorang sukarelawan di pusat jagaan
itu.
Selain jadual senaman yang ketat, diet pemakanan kucing itu juga dikawal
untuk membantu ia mengurangkan berat badan. – Agensi


0 comments:
Post a Comment