Seekor kucing hamil di
wilayah Bitlis tenggara Turki mengiau meminta bantuan daripada doktor di
hadapan pusat kesihatan keluarga tempatan kerana ia menghadapi kesukaran untuk
melahirkan anaknya.
Menurut laman web berita tempatan “Bitlis 13 Haber”, kejadian yang
mengharukan dan ajaib ini berlaku pada hari Rabu apabila kucing itu yang hendak
bersalin mula mengiau di pintu pusat kesihatan No.2 di daerah Tatvan apabila ia
menyedari bahawa ia menghadapi beberapa komplikasi untuk melahirkan
anak-anaknya.
Para jururawat membawa
kucing itu masuk ke dalam klinik namun mereka tidak tahu apa masalah yang
dihadapi oleh kucing tersebut.
Warga klinik itu kemudian menyedari bahawa kucing tersebut menghadapi kesukaran yang kritikal untuk melahirkan anaknya, tanpa melengahkan masa mereka memanggil doktor veterinar di bandar itu utuk membantu kucing ini. Selepas dibawa ke Pusat Haiwan Terbiar Bandar Tatvan, doktor veterinar itu dapat mengenalpasti bahawa kucing tersebut mengalami kesukaran untuk melahirkan anak secara normal. Jadi doktor tersebut mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan caesarean (pembedahan c-section) terhadap kucing itu.
Pembedahan caesarean
berjaya dan kucing tersebut melahirkan sebanyak empat ekor anak-anak yang sihat
dengan selamat. Durmus berkata bahawa ibu kucing berada dalam keadaan baik
selepas pembedahan.
Kucing itu sedar dia tidak boleh melakukannya dengan sendiri, jadi
mana lagi tempat yang lebih baik untuk pergi selain daripada Klinik Kesihatan?
0 comments:
Post a Comment