SANTA FE, Amerika Syarikat – Seekor kucing yang menjadi tumpuan
umum kerana memiliki berat badan mencecah 18 kilogram (kg) mati akibat
komplikasi kesihatan kerana terlalu gemuk, kata pihak pengurusan sebuah rumah
perlindungan haiwan kelmarin.
Kucing jantan
bernama Meow, berusia antara dua hingga lima tahun itu dihantar untuk tinggal
di Rumah Perlindungan Haiwan dan Persatuan Kemanusiaan Santa Fe pada bulan lalu
selepas pemiliknya yang berusia 87 tahun tidak lagi berupaya menjaga haiwan
tersebut.
Meow kemudian
menjalani terapi diet dengan perkembangan kucing itu disiarkan di laman
Facebook.
Pengarah rumah
perlindungan berkenaan, Mary Martin memberitahu kelmarin bahawa berat Meow
turun 0.9 kilogram dan kucing tersebut berada dalam keadaan baik tetapi pada
Rabu lalu ia mula mengalami masalah pernafasan.
Kucing itu
menjalani beberapa ujian termasuk ujian jantung dan X-ray serta diberikan
bantuan oksigen untuk bernafas.
Namun, Meow
akhirnya mati
“Kami semua
terkejut dan sedih dengan kematian Meow,” kata Martin.
Punca berat
badan Meow meningkat masih tidak dapat dipastikan tetapi menurut Martin, kucing
itu mungkin diberikan makanan berkalori tinggi dan tidak aktif.
Kucing dewasa
biasanya memiliki berat antara 3 hingga 5kg. – AGENSI
cerita diambil dari Araublogger
0 comments:
Post a Comment