ALOR SETAR, KEDAH -
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Pengarah
Kanan Pesuruhjaya Bomba Abdul Razak Muda berkata, jumlah kes cincin tersangkut
pada kemaluan semakin meningkat.
Peningkatan
sebanyak 10 kes cincin tersangkut di kemaluan lelaki yang dilaporkan di negeri
Kedah berbanding hanya 3 kes tahun 2016.
Menurut Abdul
Razak, peningkatan kes itu berlaku kerana kebanyakan individu yang
berusia di antara 20 hingga usia 30-an terpengaruh dengan rakan yang sudah
berjaya 'mencipta' kejayaan menggunakan cincin sama ada buatan sendiri.
Terdapat individu
yang hanya sekadar mahu mencuba, malangnya menimbulkan masalah apabila cincin
yang dipakai itu tidak dapat ditanggalkan dari kemaluan.
Abdul Razak
berkata, kejadian itu berkemungkinan lebih banyak berlaku dan ada yang tidak
menghubungi pihak bomba untuk membantu mereka.
"Berdasarkan
rekod, kes yang paling banyak diterima adalah di Balai Bomba dan Penyelamat
(BBP) Sungai Petani iaitu sebanyak lima kes, BBP Kulim Hi-Tech (dua kes), BBP
Alor Setar (satu kes), BBP Jalan Raja (satu kes) dan BBP Guar Chempedak (satu
kes).
"Tahun lalu,
kita menerima tiga kes iaitu masing-masing satu di BBP Kulim Hi Tech, BBP Alor
Setar dan BBP Yan," katanya memetik laporan dari Sinar Harian.
Jelasnya, pihak
bomba mempunyai alat pemotong cincin untuk menanggalkan atau sebarang jenis nat
atau logam yang tersangkut pada kemaluan atau di jari.
"Kebiasaannya,
kebanyakan kes yang berlaku mangsa akan terus ke klinik atau hospital
berhampiran untuk mendapatkan rawatan dan anggota kami akan dipanggil untuk
memotong cincin tersebut.
"Ada juga yang
datang sendiri ke balai bomba untuk mendapatkan bantuan memotong cincin dan
anggota kami dari Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) pula akan
memberikan rawatan awal sebelum mangsa dirujuk ke hospital jika berlaku
pendarahan," katanya.
Operasi biasanya
mengambil masa selama lima hingga 20 minti. Namun ia bergantung pada ketebalan
cincin tersebut.


0 comments:
Post a Comment