Zaman sekarang banyak sangat
orang gila yang cuba mengambil kesempatan terutamanya di tandas-tandas awam.
Banyak kali kita terbaca kisah wanita dicabul ataupun dirogol di dalam tandas.
Seorang lelaki berkongsi kisah dimana adik ipar perempuannya yang trauma
apabila detik hitam hampir dirogol oleh seorang lelaki di dalam tandas.
Kejadian berlaku ketika isteri dan adik ipar sedang dalam
perjalanan ke Kuala Lumpur dan berhenti rehat untuk ke tandas dan bekalan minum
dan makan dalam perjalanan.
Adik aku masuk ke tandas dulu
nak kencing..dalam tu ada 4 tandas dan dia dah check semua tandas sb nak cari
tandas yg bersih & ada 1 tandas yg berkunci (maksud ada org lah dalam)
iaitu tandas no 2 yg berkunci tu ..so dia masuk tandas no 4, tandas cangkung
..tetiba ada sorg laki panjat dari atas tandas tu terus terjun & terkam
dia.. masa dia tgh cangkung buang air.. korang bayang kan lah..
Laki ni dengan tak pakai seluar (nampak lah anu nya) ..pakai
baju je..cuba mencabul dan merogol adik aku. Menjerit2..meronta2 dia cuba
lepaskan diri.. si haram jadah tu dah cium , meraba semua..adik aku cuba
telefon wife aku.. tp telefon kena tepis dgn si haram ni..
Dalam keadaan bergelut tu..adik aku dapat gigit si haram jadah
tu..tapi dia dengan muka xde perasaan terus jugak agenda merogol dia..ada
sorang akak ni terdengar jeritan adik aku dalam tu..akak ni mula2 ingat adik
aku kena histeria..so dia tak berani nak tolong (takut jugak kot).
Tapi adik aku terus menjerit2 “tolong..tolong..perogoll..barulah
akak tu pergi dapatkan bantuan (cerita akak tu..) ada sorg laki datang..mungkin
bila si haram ni dengar suara lelaki kat luar..menggelabah dia panjat balik
pergi ke tandas sebelah..dan adik aku pon buka pintu tandas tu..terus berlari
keluar tak fikir ape dah .. seluar pun ala2 jer tarik ke atas..
Dengan muka pucat lesi..adik aku berlari kt kereta..tudung dah
koyak..handfon dan cermin mata entah ke mana. Suspek boleh selamber ambik
seluar dia kat tandas no 2 tu pastu berdiri tepi tandas.. (ni akak yg dgr
jeritan adik tu cakap) . Siap bagi alasan tak buat ape2..& tuduh adik aku
salah masuk tandas..
Orang ramai dah kepung si haram ni sementara tunggu polis
sampai..si haram ni rilek je lagi tak lari pon..macam tak bersalah..(tgk
video). Polis sampai dan tangkap bawak ke IPD MACHANG.
Suspek ditahan lokap..suspek disyaki pengaruh dadah atau pon
gila seks atau gila b**i. Adik aku??trauma kot bro..muntah2..menggigil
siap..sampai demam2.. luka2 n lebam akibat bergelut.. dah ke hospital utk
pemeriksaan seterusnya.
Alhamdulillah..si HARAM TU tak sempat buat benda yg lebih
dasyat, n mungkin menjejaskan masa depan adik aku sbg seorang perempuan…so
peringatan utk korang yang baca ni..
TOLONG teman adik2..akak..mak korang yg pergi ke toilet stesen
minyak ke..RNR kee..masjid ke..jangan biar pergi sorang2..ko bayangkan adik aku
yg umo 20an pon boleh melawan sikit je..kalau mak mak kita yg dah tua?adik2
baru belasan tahun??aku tak tahu lah jadi ape..
TOLONG jangan rasa bersalah untuk capai ape saje sebagai alat nk
mempertahankan diri..gayung ke..getah paip ke..cocok mata ke..sepak telur
ke..gigit hidung ke..ko buat ape saja yg boleh melemahkan penyerang..pesan2 lah
kt ahli keluarga dan kawan2..skang ramai orang gila..gila yang macam2..
TOLONG pesan kt ahli keluarga
dan kawan2..jerit mintak tolong..sebut ancaman ape yang datang..perogol
ke..peragut ke ..perompak ke..PENTING supaya orang sekeliling alert.
TOLONG lah kepada penguasaha2 stesen minyak atau pihak
berwajib..pastikan CCTV befungsi..senang nak pantau dan ape2 berlaku ada bukti
waktu siasatan pihak polis..lepas tu ruang pemisah antara tandas tu..kalau
perlu tutup terus atau pasang pagar supaya orang tandas sebelah tak boleh akses
tandas sebelah..
TOLONG sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling..kadang2
kita tak tahu suspek ni camne..muke pijak semut pon tak mati!!!
So pesanan aku ni..tolong sampai2kan..aku tak nak korang pulak
terkena dengan MANUSIA BINATANG cam tu..nasib tak mati kena pukul je..mujur
orang yg ada waktu tu masih waras dan rasional..
Terima kasih jugak kepada orang ramai yang ada kt shell masa tu
yg dah tolong adik dan wife aku. Harap pihak polis dapat buat dakwaan terhadap
si haram tu sebab aku nak jumpa dia kt mahkamah.. semoga ko dapat balasan
seadilnya.. Ni kisah betul..bukan rekaan semata2..bawah ni salinan polis
report..gambar..dan video..
SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA DALAM LINDUNGAN ALLAH. Aamiin.


0 comments:
Post a Comment