nilah RAHSIA Di Bilik Hotel Yang Pekerja Hotel Tak Akan Beritahu Anda. Jangan TERKEJUT!
Ada yang
pernah menginap di hotel 3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung kepada
kemampuan seseorang itu. Di sini kami ingin berkongsi tentang rahsia bilik
hotel yang kita sendiri tidak tahu.
Oleh
kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang
untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang
anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu
memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.
Rahsia 1: Jangan Guna Gelas Di Bilik
Gelas di
bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff
mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam
satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang
di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak
dibasuh.
Kadang-kadang
ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang
membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan
untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah.
Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum
menggunakannya.
Rahsia 2: Jangan Guna Cerek Air di Bilik
Ah! Cerek
air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh
membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. Tetapi dalam satu pendedahan di
dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara
yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak
kond*m terpakai.
Menurutnya,
beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m
tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut.
Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair
masih ada.
Tambahnya
lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga
apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi
di bilik hotel.
Rahsia 3: Pintu Hotel Mudah Dibuka
Tidak
kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu
anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di
pintu. Mengapa? Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu
anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad
elektronik mudah dibuka – tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff
hotel sendiri.
Jadi anda
perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif
menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda,
pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.
Rahsia 4: Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum
Jika anda
menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan
air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti dikawasan yang mempunyai
air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron
Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara
biasa.
Kalau itu
belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil
Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka
melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati
bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum
dan menggosok gigi. Kenapa?
Kerana
ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air
yang digunakan di seluruh hotel.
Rahsia 5: Jangan Bersandar di Tingkap Bilik
Ya.
Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik
hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel
mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur. Setiap bulan, ada saja
berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh
disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel
tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya?
Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.
Sumber :
jusorenpower
0 comments:
Post a Comment