Banyak keputusan kewangan yang
kita lakukan hanya dengan mendengar nasihat kawan atau ikut-ikutan sahaja.
Tanpa anda sedar, ini semua menelan duit kita secara perlahan.
1. Keahlian Gym yang mahal, tetapi perginya hanya sebulan
sekali. Kita daftar sebab kad ahli yang cantik dan menawan.
2. Beli insuran hayat atau takaful yang mahal, sedangkan anak
yang bergantung harapan belum ada.
3. Melanggan Astroa ‘full Channel’, namun hanya menonton channel
bola bila di hujung minggu sahaja.
4. Beli Honda Sidek baru tetapi balut dengan plastik dan pergi
kerja naik motosikal. Jimat katanya.
5. Beli sebidang tanah dan dibiarkan kosong berpuluh tahun.
Cadangnya, bila pencen kelak, nak bina sebuah rumah yang ada kolam renang,
katanya.
6. Masih bujang, tetapi menyewa satu rumah tiga bilik, dua bilik
air dan tinggal seorang diri. Kalau ramai-ramai duduk satu rumah, tak selesa
katanya.
7. Sudah bertahun membeli rumah tetapi tidak diduduki dan tidak
pula disewakan. Kerana takut kelengkapan yang ada dalam rumah, rosak katanya.
8. Buat pembiayaan peribadi RM20,000 untuk belanja majlis kahwin
yang meriah sebab berpegang pada falsafah, “Kahwin itu hanya sekali, biar
meriah berkali-kali”.
9. Dapat duit pencen, ubahsuai rumah dan besarkan seperti astana.
Siap ada kolam dan menara tinggi. Tetapi hanya hidup berdua sahaja.
10. Ada simpanan KWSP, tetapi tidak dimanfaatkan untuk rumah
pertama. Nak guna bila pencen, katanya.
11. Rajin tukar kereta baru setiap kali model baru dilancarkan.
Alasannya demi keselamatan dan keselesaan.
Banyakan tindakan yang membuang duit kita. Tetapi kita tidak
sedar atau kita buat-buat lupa.
Gegadis suka jika kita pinang mereka, kerana itu akan menjadi
punca pintu rezeki dibuka.
Carilah punca mengapa kita tidak kaya-kaya. Kongsikan dan bagi
kawan-kawan lain faham.


0 comments:
Post a Comment