#Jika anda kehilangan sesuatu yang ditakdirkan untuk menjadi
milik anda, ia akan kembali kepada anda walau dengan apa cara sekalipun, walaupun
anda perlu menunggu selama 25 tahun untuk mendapatkannya kembali, seperti
wanita dari selatan Carolina ini.
Pada
tahun 1992, dompert April Bolt telah dicuri dari botnya di tasik Hartwell di
Anderson. Dia berfikir mungkin pencuri tersebut telah membuang dompetnya ke
dalam tasik selepas mengambil wang tunai di dalamnya. Bolt kecewa kerana dompet
itu mengandungi foto anaknya termasuk dengan barangan berharga yang lain.
“Saya
menangis,” kata Bolt kepada ABC News, sambil mengingati hari dia kehilangan
dompetnya.
Dia tidak
pernah terfikir bahawa dia akan melihat dompetnya lagi.
Pada
Julai 2017 seorang kanak-kanak 11 tahun, Brodie Brooks, telah memancing ikan
keli di tasik Hartwell. Tiba-tiba, tali tangsinya telah menarik sesuatu yng
agak besar.
“Saya
merasakan ia adalah ikan besar kerana ia meragut joran saya ke atas dan ke
bawah dan saya sehingga membuatkan saya berasa takut yang joran saya akan
patah,” katanya kepada ABC News.
“Saya telah
memancing di tasik ini sepanjang hidup saya dan itulah kali pertama saya
melihat sesuatu yang ditangkap seperti ini pada joran saya,” tambah Ben Myers,
saudara terdekat Brooks yang sedang memancing bersama dia. Dia dengan penuh
semangat menggulungnya, dengan harapan dia akan mendapat ikan.
Apa yang
sebenarnya ditangkapnya adalah dompet wanita
Mereka
terus melihat isi kandungan dompet itu dan akhirnya dia tahu bahawa dompet ini
milik Bolt. Apa yang lebih mengejutkan dia sebenarnya kenal akan pemilik dompet
tersebut.
“Dia adalah
kawan keluarga saya. Saya pergi ke sekolah bersama-sama anak saudara lelakinya,
tetapi saya tidak sudah tidak bertemunya selama 10 tahun, ” jelasnya lagi
kepada ABC News.
“Anda
memancing beg tangan seseorang dan orang itu anda kenal, itu adalah sesuatu
yang gila,” tambahnya. Dia kemudian dapat menghubungi Bolt melalui anak
saudaranya.
Bolt
terkejut.
“Saya
tidak percaya. Saya kehilangan kata-kata,” kata Bolt. “Anda tidak pernah fikir
anda akan melihatnya semula.”
“Ini adalah
segala-galanya bagi saya. Anak saya kini berusia 26 tahun, tetapi ketika dia
berusia 15 bulan saya mempunyai semua gambarnya yang diambil secara profesional
di dalam dompet saya.
Pada masa itu
anda tidak mempunyai telefon bimbit untuk mengambil gambar. Gambar-gambar
tersebut telah rosak tetapi saya berjaya mengeluarkannya, ” kata Bolt.
“Saya masih ingat saya kecewa kerana gincu kegemaran saya
berada di dalam dompet itu.”
“Ia
adalah sangat berharga untuk mendapatkan semua ini semula,” katanya. “Walaupun
dalam keadaan ini. … Saya sukakannya.”
sukakannya.”
0 comments:
Post a Comment