Seperti diceritakan oleh FB Dr Taufiq
Razif Masa 2 tahun lepas saya masih bergelar pelajar
perubatan di Universitas Hasanuddin, Sulawesi Selatan.Tahun pertama ok lagi
bila kena study anatomi mayat yg dah diawet. Bau tengik jugak la sebenarnya.
Dulu saya ingat tu la bau mayat. Rupanya tu bau Formalin, cecair pengawet
mayat. Alaaa mostly yg laki faham la apa tu formalin. Tiap hari abang hisap
formalin kan? Sekotak sehari kan? Nampak macam rokok tapi tahu tak dalam tu ada
pengawet mayat?
Mesti akan ada lelaki yg terasa akan google dan jumpa kandungan dalam
rokok bukan formalin tapi formaldehyde kan? Same je lah bang. Formaldehyde ni
dalam bentuk gas yg abang hembus hisap hembus hisap hembus tu. Bila gas ni
ditambah air dan alkohol jadi la formalin. Takpe bang, abang jangan risau ye.
Awet mayat dan awet muda ni jauh bezanya.
Berbalik pada cerita mayat
tadi. Bila masuk tahun keempat, saya ditakdirkan kena masuk departmen Forensik.
Teruja juga la sebab ingat ala-ala cerita CSI tu kan. Datang dekat crime scene
dengan dengan tak pakai masker dan berwajah macho tengok mayat je dah tahu
pembunuh. Saya pun dulu ingat semudah itu!
Pengalaman mayat pertama saya adalah seorang budak lelaki. Dalam
umur 20-an. Masa tu tempat saya belajar tu tengah heboh dengan demonstrasi
jalanan. Entah camne tiba-tiba arwah dijumpai meninggal di tengah tengah jalan
masa tengah sibuk berdemonstrasi. Jadi tugas kami masa tu adalah untuk mencari
punca dan sebab kematian arwah tu.
Saya taknak cerita tentang prosedur bedah siasat camne sebab
rasanya tak semua sanggup nak dengar saya cerita tentang saya gergaji tulang
kepala, timbang otak, selongkar rongga dada dan lain-lain. Cukup la korang tahu
kami buat benda-benda camtu demi kemaslahatan umum. Benda ni kadang buat sy
termenung jauh. Saya percaya mayat ni semua kalau diberi peluang mesti dia
dengki dengan kita. Biarlah mereka tak diberi duit, biarlah mereka tak diberi
Honda City, biarlah mereka tak diberi anak dan isteri asalkan mereka
dikurniakan sebuah nikmat bernama nyawa! Saya termenung sebab saya rasa saya
jenis manusia yg dah diberi seguni nikmat, tapi merengek jugak nak selori.
Pengalaman dengan mayat pertama tadi saya masih boleh tahan.
Begitu juga dengan mayat-mayat yang lain. Ada mayat mati kena bunuh. Ada juga
mayat kena buang kat lebuhraya tapi mayat terakhir yg saya kena attend masa
departmen Forensik waktu tu saya langsung tak boleh terima.
Mayat seorang bayi. Maybe baru lahir. Dijumpai di dalam longkang busuk. Mayat bayi tu dah hijau. Kepala dah lembik macam jeli. Lepas dah buat beberapa pemeriksaan kat paru-paru bayi tu memang betul sangkaan saya, bayi tu dicampak ke dalam longkang penuh air busuk tu masa bayi tu masih bernafas! Bayangkan kesakitan yg bayi tu tanggung ketika dilemaskan oleh ibu kandungnya sendiri!
Mayat seorang bayi. Maybe baru lahir. Dijumpai di dalam longkang busuk. Mayat bayi tu dah hijau. Kepala dah lembik macam jeli. Lepas dah buat beberapa pemeriksaan kat paru-paru bayi tu memang betul sangkaan saya, bayi tu dicampak ke dalam longkang penuh air busuk tu masa bayi tu masih bernafas! Bayangkan kesakitan yg bayi tu tanggung ketika dilemaskan oleh ibu kandungnya sendiri!
Ibu dia ingat bayi tu tak boleh bercakap di hadapan Tuhan ke
suatu hari nanti walaupun dah jadi mayat? Benda mati pun Allah boleh hidupkan.
Benda tak boleh bercakap pun Allah boleh bagi bercakap kalau Allah nak. Macam
semut pada zaman Nabi Sulaiman. Cerita semut bercakap ada disebut dalam surah
ke 27 dalam Al Quran, surah An Naml.
Masa surah ni turun mesti ramai tak percaya semut boleh
berkomunikasi. Waktu tu takde lagi teknologi macam kita ni kan. Rupanya masyaAllah
semut memang mempunyai bahasa mereka tersendiri! Kalau korang perhatikan semut,
bila dia jumpa je gula dia akan patah balik ke sarang dia. Bila dia kembali
semula ke gula tu dia akan datang beramai ramai kan? Sebenarnya semut tu
tinggalkan jejak feromone sebagai signal yg dia dah jumpa makanan utk koloni
dia. Kalau translate ke bahasa kita lebih kurang camni la ” Hoi geng, aku dah
jumpa gula ni. Tolong sat boleh? “
Ada juga binatang yg berkomunikasi dengan teknik stridulation.
Macam cengkerik kan. Dia laga lagakan sayapnya untuk hasilkan bunyi krik krik
krik tu sebenarnya dia tengah menyembang la tu. Entah pasal politik ke pasal
palestine ke pasal syria ke yg tu saya tak tahu. Sebenarnya saya nak bagitahu
yg kita tak boleh nak sorokkan kejahatan kita daripada Allah.
uatu masa nanti tangan kita
akan bercakap. Kaki kita akan bercakap. Mungkin bukan dalam loghat bahasa
sehari hari kita pakai kan tapi dalam bahasa yg kita belum mampu untuk
memahaminya dengan teknologi kita sekarang. Semoga ‘mereka’ semua akan
bercerita yang baik-baik je tentang diri kita semua suatu hari nanti.
P/s : Saya Taufiq Razif bukan ustaz tau. Sila tegur saya jika
ada info disini yang bercanggah dengan Al Quran dan Hadis. InsyaAllah mengikut
kefahaman yg saya ada, takde. Sila sebarkan supaya ahli keluarga & sahabat
kita pun boleh turut bersyukur dengan nikmat kehidupan. Jom enjoy kehidupan
kita mulai hari ni dengan taat pada Tuhan. KREDIT FB Dr Taufiq
Razif
0 comments:
Post a Comment