MEXICO – Seorang wanita dipercayai mempunyai cyst (sista)
terbesar di dunia yang mengandungi LIMA batu tumor telah berjaya dikeluarkan
dalam usaha menyelamatkan nyawa wanita tersebut, lapor Mirror.
Imbasan
menunjukkan ketumbuhan itu telah membengkak sebanyak 5 stone 3 lbs (33 kg)
dalam masa lebih kurang setahun – menyebabkan wanita berumur 24 tahun tidak
ingin dinamakan tersebut boleh mengalami kegagalan jantung.
Pertumbuhan
tersebut bersamaan dengan berat 10 bayi baru lahir – atau lebih kurang dengan
berat seorang budak berusia 10 tahun.
Butiran
berkenaan pembedahan tersebut baru sahaja diketahui ramai setelah pesakit
berkenaan pulih sepenuhnya dan telah kembali ke kehidupan asalnya.
Wanita
dari Mexico yang tidak ingin dinamakan itu pada mulanya terkesima dengan kenapa
perutnya terus membesar sedangkan beliau sedang dalam diet dan telah bertambah
berat badan sebanyak 61 bs (4.3st/27 kg).
Tekanan
daripada cyst tersebut telah menyebabkan beliau menghadapi kesukaran
berjalan, bernafas dan makan akibat daripada mampatan terhadap organ beliau.
Doktor
tiada pilihan lain kecuali untuk melakukan pembedahan
Dr Erik Hanson Viana, 27, Hospital Umum Mexico, telah melakukan
pembedahan untuk mengeluarkan cyst tersebut, dipercayai paling terbesar
dikeluarkan keseluruhan pada tahun lepas.
Kini,
setelah lebih 6 bulan, butiran berkenaan pembedahan tersebut didedahkan
memandangkan pesakit tersebut telah pulih dan kembali ke kehidupan asalnya.
Dr Hanson
dari Mexico City berkata, ”Ini merupakan cyst terbesar yang saya pernah
saya bedah, ia sangat besar sehingga mengambil ruang sebanyak 95% di dalam
perut beliau.
“Ia merupakan sesuatu yang jarang berlaku untuk membedah
cyst sebesar begini, dengan garis pusat setengah meter dengan ukur lilit
adalahnya 157 sentimeter.
“Dalam
semua kajian yang dilakukan, ini adalah dipercayai cyst ovari terbesar
yang dikeluarkan keseluruhannya, tanpa memecahkan atau mengeluarkan isi
kandungannya.
“Terbesar
di dalam sejarah pada tahun 1902 mempunyai berat 320lb dan ia memerlukan
beberapa hari untuk mengalirkan isi kandungannya, saya tidak boleh bayangan
dengan cyst yang sebegitu besar.
”Pesakit
agak berisi, jadi selepas beliau mula berdiet, beliau perasan muka, tangan dan
kaki beliau semakin mengecil tetapi perut beliau semakin membesar.
“Bila saya bertemu beliau, dia cuma boleh jalan beberapa langkah
sahaja sebelum dia berasa resah dan seakan-akan mengalami kesukaran untuk
bernafas kerana cyst tersebut telah menghimpit paru-paru beliau.
“Sesetengah
pakar mengatakan cyst gergasi ialah yang lebih daripada 10 sentimeter,
selain dari itu ia perlu mempunyai berat sebanyak 26lb (12kg) atau perlu lebih
tinggi daripada pusat pesakit – cyst ini adalah lebih besar daripada semua
itu.
“Kalau
kita tidak melakukan pembedahan tersebut, ia akan menyebabkan pesakit tidak
dapat berjalan, mengalami kekurangan zat makanan yang teruk dan tidak boleh
makan. Susah untuk dikatakan berapa lama dia boleh hidup, tetapi ia merupakan
kualiti kehidupan yang teruk.
“Dua hari selepas pembedahan pesakit berjalan keluar dari
hospital. Sebelum ini dia telah biasa membawa lebihan sebanyak 73lb (33kg)
kerana cyst tersebut, jadi pergerakan beliau seolah-olah rasa terapung dan
seperti berjalan di atas bulan.
“Bila
kami berjumpa dengan pesakit selepas 6 bulan kemudian untuk melihat sama ada
jahitan pesakit telah pulih dan untuk memastikan tiada masalah lain, pesakit
telah pulih sepenuhnya.
“Pesakit
mampu berdiri lurus sepenuhnya. Dia sekarang berjalan seperti orang biasa tanpa
memerlukan bantuan tongkat atau apa-apa jenis bantuan dan sekarang perut
pesakit telah rata semula,” katanya.
Pesakit
telah dirujuk ke Hospital Umum Mexico sebagai langkah terakhir disebabkan saiz
cyst ovari tersebut dan pembedahan yang rumit diperlukan untuk
mengeluarkannya.
Pada
tahap ini cyst gergasi tersebut adalah seberat 5st 3 (73lbs/33 kg) dan
membesar pada kadar lebih kurang 6lbs setiap bulan.
Dr Hanson
berkata, ”Kerana cyst itu menjadi sangat besar, ia telah mula menekan usus
dan menghalang pesakit daripada makan. Pesakit akan rasa kenyang dengan hanya
memakan sedikit makanan dan oleh kerana saiz cyst tersebut, sukar untuk
makanan lalu ke perut pesakit.
“Cyst tersebut juga menekan dua saluran utama di dalam badan
iaitu urat dan arteri, yang boleh menyebabkan masalah jantung yang serius.”
katanya.
Kerana
saiz tersebut, Dr Erik Hanson dan Dr Abel Jalife mengeluarkan tumor itu secara
keseluruhan kerana risau penyaliran cyst tersebut boleh membahayakan nyawa
pesakit.
Lebih
kurang 20% cyst gergasi adalah malignan (berbahaya), bermaksud jika
cyst tersebut dipecahkan ia akan berisiko menyebarkan sel tumor ke dalam
badan pesakit
Dr Hanson
berkata lagi, ”Masalah dengan cyst jenis begini adalah 80% benigna (tidak
berbahaya) tetapi lebih kurang 20% boleh jadi malignan, dan kita tidak tahu ia
jenis apa sehinggalah kita keluarkan ia.
“Menyalirkan
ia keluar sebelum itu agak berbahaya sekiranya ada cecair yang tertumpah dan
berisiko mencemarkan dinding perut pesakit dan menyebarkan sel tumor. Tetapi untuk
mengeluarkannya secara keseluruhan juga sukar kerana dinding cyst ialah
senipis 1 ml dan perlu dipastikan tidak mengering atau ia boleh koyak juga.
“Tiada
persetujuan umum di dalam komuniti perubatan tentang apa cara terbaik untuk
membedah cyst gergasi.
“Pesakit
memilih untuk mengeluarkan secara keseluruhan cyst ovari tersebut daripada
mengeluarkan bendalir dulu, walaupun pesakit mengetahui dia akan mempunyai
parut yang panjang. Pesakit masuk ke bilik bedah dengan mengetahui beliau akan
mendapat parut sepanjang dari dada ke kawasan kemaluan, beliau tidak risau dan
rasa gembira.
“Pesakit
mengalami kesan regangan di perut dan kulit di kawasan perut adalah berkedut,
tetapi sekarang dinding perut beliau telah kembali ke tempat sepatutnya.
Pesakit
telah pulang semula ke kehidupan asal di bahagian luar bandar Mexico, dengan
jarak sehari perjalanan dari Hospital Umum Mexico.
Dr Hanson
berkata, ”Sebahagian besar apa yang kami lakukan adalah rasa kepuasan bila rasa
dapat mengubah kehidupan seseorang sepenuhnya dan mengetahui mereka tidak akan
melupakan kita, walaupun mereka lupa untuk mengucapkan terima kasih.” –
Terjemahan Farta Ag Jair khas
untuk The Reporter sahaja.
Sumber :
The Reporter
0 comments:
Post a Comment