SEPASANG suami isteri di Las
Vegas, Amerika Syarikat berkata kucing yang dibela oleh mereka ‘memaklumkan’
kepada mereka tentang kebakaran di rumah.
Menurut laporan
media tempatan, satu kebakaran marak telah berlaku di rumah pasangan itu di
Summerlin sekitar pukul 2 pagi pada 22 Mei, Ahad lalu.
Pasangan itu
memberitahu bomba bahawa mereka sedang tidur ketika kejadian tersebut berlaku
dan langsung tidak menyedari rumah mereka sedang dijilat api marak.
Mereka berdua
hanya terjaga daripada tidur apabila mendengar bunyi kucing mereka yang sedang
mencakar pada kabinet kayu yang seolah-olah sedang mengejutkan mereka.
Setelah
menyedari tentang kebakaran tersebut, mereka segera menghubungi polis dan
meninggalkan rumah itu bersama kucing dan anak saudara mereka yang tinggal
bersama.
Pihak bomba
mengesahkan tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan hanya bahagian garaj rumah
tersebut musnah kerana kebakaran tersebut.


0 comments:
Post a Comment