Kalau terdahulu Datuk Aliff
dikecam kerana tindakannya meletakkan Kucing Ajaib di dalam tandas dan kes
kecurian pembantu rumahnya tidak lama dulu, kini isu rumah baru yang dalam
pembinaan pula menjadi kecaman netizen.
Datuk Aliff Syukri melalui laman sosial Instagram telah memuat
naik sebuah gambar dengan tulisan
“Nampak tak saya? Cuba
cari saya di mana? Ini bukan side utama depan rumah saya, ini side tepi laluan
basement parking bawah tanah dan bilik.”
“Penantian itu satu
penyeksaan. Lagi 35 peratus nak siap. Tak sanggup dah duduk rumah sekarang,
azab sangat rasanya sebab banyak masalah air, elektrik semua ada. Bila lah
rumah saya ini nak siap…”
Seriouslyy Datuk??
Akibat dari caption yang ditulisnya itu, beribu-ribu komen dari
netizen membanjiri laman Instagram Datuk Aliff yang rata-rata mengecam abang
terlajak laris ini sebagai tidak bersyukur.
“Rumah yang duduk sementara sekarang ni dia boleh cakap AZAB…
bagaimana agaknya orang yang miskin tak ada apa-apa langsung.”
“Kecik hati orang Dato. Istilah azab tu macam rasa teruk
sangat-sangat dah. Macam tak ada api air, bantal tilam bagai. Apa-apa pun yang
paling utama kena #syukurselalu.”
“Bersyukurlah Dato. Orang lain ada lagi susah dari Dato, tidur
bawah jambatan tak ada air bersih apa semua.”
Malah ada yang memerli pedas
Datuk Aliff, konon-konon mengaku faham akan kepayahan jutawan kosmetik tersebut.
“Aku pun rasa macam Dato ni rasa. Tinggal kat bilik restoran
mamak. Kadang-kadang tidur dengan tikus, mandi pun macam tak mandi, air kotor.
Kita senasib Dato.”
Amboi korang… sedapnya
mengutuk Datuk Aliff!
Namun masih ada netizen yang
berpendapat positif dan menganggap perkongsian Datuk Aliff sebagai pembakar
semangat dan inspirasi untuk berjaya.
“Allahuakhbar. Syukur. Ni lah bukti usaha keras Dato selama ini
kan… Alhamdulillah sangat-sangat mahligai Dato ni… #salute.”
“Tak perlu nak cemburu dengan @aliffsyukriterlajaklaris, sebab
sebelum dia senang dia tahu macam mana peritnya nak berjaya. Korang tak nak
usaha macam mana nak berjaya macam dia. Tak semua orang senang lahir-lahir
senang. Diri sendiri yang tentukan nasib kita masa akan datang. Sekian.”
“Dato bukan nak menunjuk harta benda yang dia ada, tapi supaya
menjadi inspirasi pada orang lain supaya berusaha sedaya upaya sehingga
berjaya.”
Pun begitu, rasa-rasanya
Datuk Aliff tak kisah pun dengan kecaman korang semua. Yang paling penting
produknya terjual dan rumah barunya laksana mahligai tu bakal siap. Kannn?
Semoga Datuk Aliff terus
murah rezeki dan diberikan hati yang mulia untuk membantu mereka yang
memerlukan.



0 comments:
Post a Comment