Selesema merupakan keadaan
yang selalu dialami oleh kanak-kanak. Ini kerana pada ketika itu, kanak-kanak
masih lagi belum terdedah dengan kuman di luar sana. Apabila dia demam, batuk
dan selesema bermaksud badan tengah membina immunisasi terhadap kuman tersebut.
Kebanyakkan penyebab selsema pula adalah disebabkan jangkitan
virus biasa dan sepatutnya ibubapa tidak perlu risau dan tidak perlu memberi
sebarang ubat ubatan terutamanya yang berumur kurang daripada 2 tahun. Ini
disebabkan kebanyakkan ubat selsema yang diberikan menyebabkan pesakit
mengantuk dan tidur.
Tetapi berlainan pula apabila diberi pada kanak-kanak yang
berusia dua tahun ke bawah. Ianya boleh menyebabkan bayi berhenti
bernafas(APNEA)
BAYI BERHENTI BERNAFAS SELEPAS MENGAMBIL
UBAT SELSEMA
Suatu hari ketika saya bertugas, datang seorang bapa ke ‘red zone’ membawa anaknya yang sudah
terkulai layu. Waktu itu kelihatan kanak-kanak yang berusia 7 bulan itu sekejap
bernafas dan sekejap berhenti bernafas sehingga 30 saat lamanya. Ketika dia
berhenti bernafas, kelihatan muka kanak-kanak itu bertukar sedikit demi sedikit
kebiru-biruan.
Ini disebabkan oksigen dalam badan berkurangan dan karbon
dioksida menjadi semakin tinggi menyebabkan darah yang warna merah cerah
bertukar menjadi sedikit gelap. Warna darah yang gelap disebabkan membawa
karbon dioksida itu diterjemahkan pada muka bayi yang berwarna kebiruan. Kami
pun memberikan bantuan pernafasan kepada bayi itu tadi supaya kandungan oksigen
dalam badannya meningkat.
Kawan saya Dr Azril pun bertanyakan beberapa soalan untuk
mengetahui apa sebenarnya yang terjadi. Bapa itu pun menceritakan yang anaknya
sudah 2 hari selsema dan dia telah pergi ke klinik pada hari itu untuk
mendapatkan ubat selsema.
Doktor locum yang bertugas disitu memberikan satu jenis ubat
untuk diberikan pada anaknya. Dr Azril pun meminta nama ubat itu. Bapa itu tak
ingat nama ubat tetapi ada menangkap gambar botol ubat itu. Dr Azril pun
melihat gambar itu dan mendapati ubat yang diberikan adalah CHLORPINERAMINE.
Ini merupakan salah satu ubat selsema dibawah kumpulan anti histamine yang
selalu diberikan kepada orang ramai. Tetapi ianya suatu larangan untuk
diberikan kepada kanak-kanak dibawah umur dua tahun.
IV line(saluran tiub) dimasukkan ke dalam salur darah bayi itu
untuk mengambil sedikit sample darah. Disebabkan bayi tersebut tidak boleh
bernafas dengan sendirinya, tiub pernafasan perlu dimasukkan ke dalam saluran
pernafasan agar bantuan pernafasan dapat diberikan menerusi ‘ventilation mechine’. Prosedur ini dinamakan
sebagai ‘intubation’.
Keputusan full blood count menunjukkan bayi berkemungkinan tidak
mempunyai sebarang jangkitan kuman yang serius. Begitu juga X-ray, ianya adalah
normal. Satu ujian darah untuk mengesan tahap chlorphineramine iaitu ubat
selsema yang diambil oleh bayi tersebut dihantar ke makmal. Sambil menunggu
keputusan tersebut, kanak-kanak itu diadmitkan dalam ICU untuk rawatan yang
selanjutnya. Semasa di dalam ICU, keputusan darah menunjukkan tahap
Chlorphineramine yang berada dalam darah bayi sedikit tinggi daripada tahap
normal.
Daripada keputusan darah itu, pakar menyatakan diagnosis pesakit
tersebut sebagai RESPIRATORY DEPRESSION SEC TO ANTI
HISTAMINE(CHLORPHINERAMINE). Pendek kata kanak-kanak itu berhenti bernafas
disebabkan ubat selsema yang diambilnya.
UBAT SELSEMA CHLORPHINERAMINE
UBAT SELSEMA CHLORPHINERAMINE
Chlorpheniramine merupakan salah satu ubat dibawah kumpulan anti
histamine. Ketika mana jangkitan kuman berlaku pada bahagian dalam hidung, sel
darah putih pun akan berkumpul di tempat tersebut dan merembeskan satu compound
bernama histamine.
Histamine inilah yang akan mengembangkan saluran darah supaya
sel darah putih dapat lebih banyak pergi ke tempat yang ada jangkitan kuman.
Disamping itu, perkembangan saluran darah ini juga akan menyebabkan lagi banyak
rembesan mucous yang berlaku dan akhirnya selsema pun berlaku.
Ubat antihistamine pula akan blok fungsi histamine supaya
saluran darah tidak berkembang dan penghasilan mucous akan menjadi berkurangan.
Tetapi salah satu kelemahan anti histamine yang terdahulu(1st
generation antihistamine) , ia boleh merentasi ‘blood brain barrier’
dan mengganggu sistem histamine dalam otak.
Akhirnya akan menyebabkan orang yang mengambilnya mengantuk dan
chlorphineramine merupakan salah satu first generation anti histamine.
Cuba bayangkan bila ubat
ini diberi pada kanak-kanak pula. Sudah tentu ianya akan mengganggu pusat
pernafasan yang berada di dalam otak. Ini boleh menyebabkan kanak-kanak itu
berhenti bernafas dengan sendirinya dan inilah yang berlaku pada kanak-kanak
yang malang itu.



0 comments:
Post a Comment