Rusia Buat pinjaman rumah, dapat hadiah kucing. Itu yang ditawarkan oleh
sebuah bank, Sberbank kepada pelanggannya. Mereka ditawarkan 10 pilihan kucing
dari baka terbaik seperti Toffee, Timothy dan Kuzma.
Sberbank, yang merupakan antara bank terbesar di Rusia, akan menghantar kucing
berkenaan ke rumah pelanggannya.
Bank tersebut turut mengiklan perkhidmatan berkenaan. Iklan bank
tersebut memapark dua pemandu van menyerahkan seekor kucing kepada sepasang
suami isteri yang baru membeli rumah.
Langkah yang diambil oleh bank berkenaan juga selaras dengan kepercayaan
di Rusia bahawa jika kucing memasuki rumah, maka ia melambangkan tuah.
Bagaimanapun pelanggan hanya dibenarkan memelihara kucing berkenaan
selama dua jam sahaja.
Pelanggan juga perlu menandatangani perjanjian bahawa mereka tidak akan
mencederakan kucing terbabit.


0 comments:
Post a Comment