Memang diakui terdapat
pelbagai jenis ubat diluar sana, ada yang berdaftar dengan Kementerian
Kesihatan Malaysia, dan ada yang dijual secara haram.
Ada yang tidak mendapat kelulusan KKM, merbahaya sehingga
boleh menyebabkan nyawa melayang, namun masih ramai yang membelinya dari
pasaran.
Ada pula antara kita tidak mempercayai doktor, katanya ubatan
moden adalah hasil komlot pihak tertentu untuk menguasai dunia.
Jika benar sekali pun, elakkanlah mengambil sesuatu produk
yang sembarangan terutamanya suplemen yang tidak mempunyai kelulusan daripada
pihak KKM, jangan terlalu mendengar atau percaya bulat cakap jurujual yang
tidak bertauliah.
Jom baca perkongsian Dr Rafidah Abdullah mengenai
seorang mak cik yang terlalu percaya dengan suplemen, namun dari niat asal mahu
merawat sakit lutut, akhirnya penyakit lain yang datang sehingga lehernya
terpaksa ditebuk.
Jom kita baca,
Percaya sangat suplemen untuk
sakit lutut, tak pasal-pasal leher di tebuk
Kisah seorang Makcik berumur
65 tahun. Ada penyakit Kencing Manis dan Darah Tinggi beberapa tahun tapi stabil
Beliau sakit lulut 3 bulan.
Akan tetapi tidak pernah buat XRay atau berjumpa Doktor apatah lagi Pakar
Ortopedik.
Beliau mengambil keputusan
untuk mengambil suplemen sahaja. Lantas suami membelikan p*****. Iklan kata jus
delima dan entah campur apa lagi; elok untuk 1001 penyakit. Katanya serasi,
beliau boleh berjalan selepas itu. Akan tetapi, boleh berjalan itu tidak lama.
Dalaman beliau rosak. Perlahan-lahan beliau merasa penat, akhir nya tak tahan,
sesak nafas.
Masuk hospital, bacaan urea 38
(normal bawah ~ 7), dan creatinine > 700 umol/L (normal < 100). Rosak
buah pinggang! Ditebuk lah leher beliau untuk diletakkan tiub (gambar hiasan)
untuk tujuan Dialisis! Prosedur ini semua berisiko tinggi ya.
Makcik menyesal tak sudah.
Baru-baru ini, berjumpa kembali beliau di klinik dengan anaknya. Nasib Makcik
baik; sebahagian daripada fungsi buah pinggangnya pulih semula dan tidak lagi
memerlukan dialisis. Alangkah leganya beliau bila saya memberitahu beliau yang
tiub dileher boleh dibuang.
Bacaan creatinine turun ke 238
umol/L. Ianya bukan normal; tetapi jika diri beliau di jaga dengan baik,
nescaya akan dapat melambatkan proses Dialisis seumur hidup.
Nasihat saya:
1. Jika ada sakit lutut, mohon
berjumpa dengan Doktor. Buat ujian XRay dan mungkin perlu rujukan ke Pakar
Ortopedik. Jangan ambil apa-apa ubat suka-suka. Ubat tahan sakit kalau ambil
secara berpanjangan itu mungkin boleh merosakkan organ dalaman juga terutamanya
buah pinggang. Suplemen lagi lah cepat🙏
2. Jangan ambil apa-apa
suplemen tanpa perbincangan dengan Doktor anda. Soal diri sendiri dahulu: i.
perlukah suplemen? ii. apa risikonya? JANGAN tanya jurujual atau percaya testimoni
air liur sahaja. Jumpa Doktor yang merawat anda.
3. Jika ada gejala kegagalan
buah pinggang akut (tiba-tiba terjadi) kebiasaannya fungsi boleh pulih sedikit.
Bincang elok-elok dengan Doktor merawat sebab bukan semua orang sama dan boleh
pukul rata. Jika Doktor syorkan buat ujian lanjut, cepat buat. Jangan
tangguh-tangguh.
4. Jika ada penyakit kronik
buah pinggang, dengar baik-baik saranan Doktor. JANGAN sentuh suplemen, pil,
serbuk, herba, teh kopi campuran, sembur-sembur langsung jika anda nak melambatkan
sampai tahap Dialisis. Kalau anda ambil benda-benda ini, lagi cepat lah anda ke
sana. Bukan mengelakkan, malah mempercepatkan lagi.
5. Nak ambil pati ke, jus
delima ke, pergi lah beli buah delima di supermarket. Sangat berkhasiat yang
itu. Bancuh lah sendiri, nak buat apa dengan buah delima segar itu, buat lah.
Jimat duit, kesihatan pun
terjaga Insyaallah.
#JanganKacauPesakitKronik


0 comments:
Post a Comment