Ada ketikanya, lalat banyak
berkerumun di dapur. Lebih-lebih lagi ketika kita sedang sibuk memasak. Pantang
hidangan tak tutup dengan sempurna memang jadi tempat lalat ni hinggap. Paling
sakit hati kalau siap bertelur lagi pada makanan yang terdedah. Risiko mendapat
keracunan makanan jika memakan makanan yang ada telur lalat ni memang tinggi.
Jadi terpaksalah kita buang makanan tersebut. Sayangkan?
Zaman dulu, lalat dikatakan lebih suka pada benda yang kotor.
Tapi sekarang tidak lagi, walaupun rumah kita bersih dan tiada bau sampah lalat
tetap datang untuk mencari makanan yang bersih!. Wow lalat pun dah berevolusi
ya bukan sekadar suka hinggap pada benda kotor dibawanya kekotoran tu pada
makanan bersih kita pula.
Saya menggunakan kertas yang
telah disapu gam dan ada sisa ikan masin, beli di kedai hardware memang
digunakan untuk menangkap lalat. Namun setelah berhari-hari tiada lalat yang
terlekat, yang kelakarnya kucing saya yang melekat dengan kertas tu kebetulan
dia lalu di tingkat dimana saya letakkan kertas tersebut. Kesian meow tu
Akhirnya masa pulang ke kampung nenek ada kongsikan petua
menghalau lalat, ada beberapa petua lama yang boleh diamalkan:
1. Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan letakkan ke dalam
mangguk atau bekas yang berisi air. Letakkan di atas meja makan ataupun di
kawasan dapur. Biarkan mangkuk atau bekas itu terdedah begitu sahaja.
2. Jika kehadiran lalat sering mengganggu anda sekeluarga yang
ingin menjamu selera ataupun anda nak elak lalat hinggap di atas makanan yang
baru selesai dihidangkan, nyalakan sebatang dua lilin. Lalat tidak tahan dengan
haba panas dari lilin tersebut.
3. Serbuk kulit kayu manis juga dapat menghalau lalat. Caranya
anda hanya perlu taburkan serbuk kulit kayu manis di atas meja makan atau di
ruang kerja anda di dapur.
4. Satu lagi petua yang boleh anda cuba untuk menghalau lalat
adalah dengan mengambil daun kari dan letakkan dalam mangkuk atau bekas berisi
air dan biarkan terdedah di atas meja makan.
5. Selain itu anda juga boleh meletakkan cili (di belah dua) di
atas meja sewaktu anda tengah menikmati hidangan.
6. Satu lagi tips yang bukan sahaja menghalau lalat tetapi juga
boleh dijadikan aromaterapi di ruang makan anda, iaitu anda isikan kulit kayu
manis, bunga cengkih dan bunga lawang ke dalam kain nipis yang bersih.
Jadikannya seperti uncang. Uncang tersebut anda boleh gantungkan di ruang
makan. Bau wangi yang keluar dari uncang tersebut akan membantu menghalau
lalat.
Selamat Mencuba !!!
0 comments:
Post a Comment