'BAGUIH' aihhh anak dara ni? Rajin cari
duit! Dalam dok tengah meletup lagunya Pertama Kali, penyanyi Shaa masih ligat
berniaga dengan menjual ayam percik mencari rezeki di bulan Ramadan.
Paling tidak, dapat juga duit poket
untuk sambut hari raya nanti.
"Haha... boleh dikata begitulah.
Tetapi sebenarnya ini adalah perniagaan warisan keluarga sejak saya kecil lagi.
"Bezanya tahun ni, saya cuba tarik
perhatian pengunjung dengan meletak banting 'Ayam Percik Shaa #PertamaKali'.
Sajalah nak test market dan Alhamdulillah, tak menang tangan dibuatnya,"
ujar Shaa kepada mStar Online.
Ditanya sejauhmana reaksi peminat apabila
melihat yang berniaga itu adalah dirinya, kata gadis kelahiran Kuala Kedah ini,
ramai yang menegur dan tak kurang ada yang ajak bergambar.
"Memang ramai yang perasan apatah
lagi setelah saya naikkan banting, suasananya jadi bertambah meriah,"
katanya bersyukur.
Tambah Shaa,22, untuk ramadan kali ini
keluarganya berniaga di dua lokasi iaitu di bazar ramadan Kuala Kedah dan bazar
ramadan Alor Mengkudu, Alor Setar di mana harga seekor ayam percik dijual
antara RM20 sehingga RM22 seekor.
"Jujur saya seronok buat semua ni
sebab sejak sekolah memang sudah didedahkan dengan suasana berniaga di bazar
dan pasar malam.
"Saya tak pernah pandang title
artis akan menghalang untuk saya buat semua ni, sebaliknya rasa lebih
teruja," akui anak bongsu enam beradik ini.
Sementara itu kata Shaa atau Juzratul
Nisha Johari, sejak dulu perniagaan ayam percik keluarganya itu sudah mempunyai
pelanggan tetap daripada penduduk setempat.
"Mungkin sebab kami dah lama
berniaga. Malah ada yang datang jauh dari negeri Perlis semata-mata nak merasa
resipi ayam percik kami," akhirinya.
Shaa memberitahu dia kini sedang
menjalani penggambaran klip video Pertama Kali dan mengakui ia satu pengalaman
baru kerana memerlukan dirinya berlakon.
Sumber : Mstar Online
0 comments:
Post a Comment