ALOR
SETAR - Tiga rumah dua tingkat di Kampung Padang, Kuala Kedah di sini musnah
dalam kebakaran , awal pagi semalam.
Ketua
Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa
Bomba, Mohd Naim Mat Jaaffar berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam
pada kira-kira 12.27 pagi sebelum bergegas ke lokasi.
"Seramai
35 anggota terbabit dalam operasi itu berjaya memadam kebakaran tidak lama
kemudian," katanya.
Beliau
berkata hasil pemeriksaan mendapati, dua daripada rumah itu tidak berpenghuni,
manakala sebuah lagi didiami seorang warga emas berusia 60-an, namun mangsa
tiada di rumah kerana dipercayai menetap di rumah anaknya.
Katanya,
struktur rumah yang diperbuat daripada kayu menyebabkan api mudah marak
sehingga memusnahkan kira-kira 80 peratus struktur rumah.
Punca
kebakaran dan nilai kemusnahan sedang dalam siasatan, katanya. - BERNAMA
0 comments:
Post a Comment