Pada suatu hari, Imam Ghazali
mengumpulkan anak-anak muridnya lalu meminta anak-anak muridnya duduk. Imam
Ghazali mahu bertanya kepada anak muridnya beberapa soalan.
Imam
Ghazali pun bertanya kepada anak muridnya, "apa yang paling dekat dengan
kita di dunia?"
Mereka
pun cuba menjawab,"ibu bapa!"
"Kawan-kawan
dan sahabat!"
"Guru!"
Tersenyum saja Imam Ghazali.
"Benar semua itu, tetapi yang paling dekat dengan kita adalah mati, kerana
setiap yang bernyawa pasti akan mati."
"Soalan
kedua," kata Imam Ghazali. "Apa yang paling jauh dengan manusia di
dunia?"
"Bulan!"
kata seorang. "Bintang!" kata seorang lagi. "Matahari,
cikgu!" kata seorang lagi mencuba.
Tersenyum lagi Imam Ghazali
mendengar jawapan mereka yang benar. "Memang betul kesemua jawapan itu,
tetapi yang paling jauh dengan manusia adalah masa lampau kita kerana kita
tidak mungkin akan dapat mengubah apa yang kita pernah lakukan sebelum
ini."
Mengangguk
anak-anak muridnya itu.
"Apa
yang paling besar di dunia?" tanya Imam Ghazali. Mereka memandang satu
sama lain.
"Gunung!"
cuba seorang. "Bumi ini," jawab seorang. "Matahari," kata
seorang lagi.
"Benar semuanya. Tapi
semua jawapan kamu tak sama besarnya dengan nafsu manusia yang tidak ada
hadnya. Manusia ini memang tidak akan pernah merasa cukup dengan sesuatu yang
dia ada, sehingga lalai mudah diajak nafsu."
Imam
Ghazali tenang saja merenung anak muridnya yang nampaknya memahami apa yang
cuba disampaikan.
"Apa
yang paling berat di dunia?" tanya Imam Ghazali.
Mereka
berfikir sebentar tetapi kemudian mula menjawab. "Besi?" tanya
mereka. "Kapal di lautan?" tanya mereka lagi. "Seekor
gajah?" tanya sebelah lagi satu.
Imam
Ghazali diam sahaja mendengar jawapan mereka sambil tersenyum. "Apa pula
yang ringan di dunia jika apa yang kalian jawabkan tadi berat-berat
belaka?"
"Debu
cikgu?" jawab seorang. "Kapas," jawab seorang lagi. "Daun
yang ditiup angin," jawab anak muridnya.
"Yang paling berat di
dunia adalah menjaga amanah yang diberikan pada manusia. Langit, bumi dan
gunung-ganang juga pernah disoal Allah swt. untuk menerima amanah, kemudian
mereka tolak. Hanya Nabi Adam as. yang menerimanya lalu amanah itu jatuh ke
tangan semua manusia."
"Apa
amanah yang diterima Nabi Adam as. itu, Tuk Guru?" tanya murid-muridnya.
"Allah
swt. bertanya sama ada sanggup atau tidak Nabi Adam as. memikul amanah jika dia
berbuat baik, dia akan diberikan ganjaran dan jika dia berbuat keburukan, dia
akan diseksa," terang Imam Ghazali. "Lalu Nabi Adam as. bersetuju
untuk memikul amanah itu yang juga jatuh kepada kita semua."
"Apa
yang paling ringan?" tanya murid-muridnya.
"Meninggalkan solat,"
kata Imam Ghazali. "Terlalu banyak perkara yang akan membuatkan manusia
terlupa untuk solat seperti pekerjaan dan perbincangan yang perlu dihadiri
sehingga ramai yang meringankan keperluan solat pada dirinya."
Mengangguk
anak-anak muridnya lagi.
"Yang
terkahir, apakah yang paling tajam di dunia ini?" soal Imam Ghazali.
"Pedang,"
jawab anak muridnya.
"Benar. Namun begitu
setajam mana sekalipun pedang, tajam lagi lidah manusia. Apabila seseorang
sudah hilang rasa takut pada Allah swt, dia tidak lagi takut untuk mencaci
seseorang dengan lidah yang tajam, sedangkan dia sendiri tidak melakukan apa
yang diperkatakan," kata Imam Ghazali.
"Pedang mampu memotong sesuatu, tetapi lidah mampu menyakitkan hati dan melukakan perasaan saudara sendiri, sesuatu yang pedang paling tajam tidak mampu lakukan," terang Imam Ghazali.
"Pedang mampu memotong sesuatu, tetapi lidah mampu menyakitkan hati dan melukakan perasaan saudara sendiri, sesuatu yang pedang paling tajam tidak mampu lakukan," terang Imam Ghazali.
0 comments:
Post a Comment