ALOR SETAR - Sebelum ini viral sebuah
video yang menunjukkan seorang lelaki sedang bergelut untuk melepaskan
diri apabila lehernya terjerut dengan tali di atas sebatang pokok kelapa.
Berpantang maut sebelum ajal, mujurlah
Mohd Zulhisyam Zulkifli, 23, berjaya diselamatkan oleh rakannya.
Mengakui dirinya mengalami trauma,
namun begitu insiden yang hampir meragut nyawanya tersebut sedikit pun tidak
mematahkan semangatnya untuk kembali untuk memanjat pokok kelapa semula.
“Tiada istilah serik untuk saya sebab
nak cari rezeki. Sehari dua selepas kejadian itu, saya memang ada rasa trauma
juga, sekarang alhamdulillah, tak ada lagi perasaan macam tu,” katanya, ketika
ditemui di rumahnya, di Kampung Kokbah, Pendang, semalam.
Walau bagaimanapun, jika dia diberi
rezeki dan peluang untuk menceburi pekerjaan lain, dia bersedia untuk menukar
bidang pekerjaannya itu.
“Kalau ada dapat kerja lain,
Insya-ALLAH saya akan terima,
“Saya bersyukur sebab tak alami patah
di mana-mana anggota badan sebab saya tatuh atas bumbung kedai.
“Alhamdulilah sekarang dah hampir
sembuh, boleh jalan. Cuma masa mandi saya akan rasa pedih sikit sebab luka kena
ayaq,” katanya.
0 comments:
Post a Comment