Seorang lelaki terkejut ketika
mengubahsuai rumahnya apabila menemui bangkai seekor kucing seakan-akan mumia.
Kejadian yang berlaku di Wigan,
Lancashire itu mendapat perhatian masyarakat setempat. Menurut lelaki bernama
Adam White, dia mengesyaki kucing itu telah mati dan berada di situ selama 30
tahun.
Bangkai
kucing itu ditemui di atas loteng. Pada mulanya dia ingatkan bangkai kucing
tersebut hanyalah patung hiasan.
Namun, setelah didekati dan
diamati, dia mula perasan sesuatu yang aneh. Setelah melihat gigi dan rusuk
barulah dia menyedari bahawa itu adalah bangkai kucing yang sebenar.
Tambah Adam lagi, kemungkinan
kucing itu memasuki loteng dan terperangkap di dalamnya sehingga mati.
Adam
juga bertanya kepada jiran-jirannya perihal kucing tersebut namun tiada siapa
yang tahu dan mengakui kucing tersebut kepunyaan mereka.
Proses mumia berlaku apabila
mayat atau bangkai terdedah kepada bahan kimia tertentu, kelembapan yang rendah
atau kekurangan udara yang menghalang tisu supaya tidak rosak.
Gambar mumia kucing ini telah
dimuat naik oleh bapa Adam di laman Facebook namun ia mengundang kemarahan dan
kejutan daripada netizen.
Mereka
meluahkan rasa simpati kepada kucing tersebut dan membayangkan ia mati dalam keadaan
terseksa dan perlahan-lahan.
Selain itu ada juga yang
menawarkan bantuan mencari pemilik kucing berkenaan dengan mengimbas mikrocip
yang ada dalam setiap haiwan peliharaan
0 comments:
Post a Comment