11 Mei 2017.
-Kisah Cinta Kucing Kepada Tuannya-
-Kisah Cinta Kucing Kepada Tuannya-
10 Mei 2017, genap 2 minggu pemergian tuannya (sahabatnya). Dari seekor
kucing yang gebu, manja dan menyit, kini menjadi sekurus-kurus kucing. Makan
pun tak mahu, hanya duduk termenung menanti kepulangan sahabatnya yang telah
kembali kerahmatullah.
9 Mei 2017, ketika aku solat maghrib
bersama isteri tersayang, surah lazim aku baca ayat Qursi seperti mana
sahabatnya amalkan. Dari atas katil ku tanpa bermaya dia turun ke kaki ku.
Tanpa menahan sebak airmata aku menitis ketika solat. Ternyata ia amat merindui
suara tuannya. Seusai solat. Aku berkata dengannya, "abang rindu atok ya,
abang rindu suara atokkan. Esok cik boy bawa pergi jumpa atok kat kubur
ya". Hampir dua minggu ia diam. Dengan kuasa Allah abang pun bersuara meow
dua kali". Air mata aku usah cakap, bercucuran jatuh.
Pada 10 Mei semalam, kakak dan aku
bawa ia ke kubur sahabatnya, iaitu ayahanda ku. Satu keajaiban dalam hidupku,
ia berjalan dengan tenaga yang ada menuju sendiri ke pusara sahabatnya. Ya
Allah, sungguh menakjubkan kuasa Allah, walhal bukan dia tahu tu kubur tuannya,
tapi dia tahu itulah pusara sahabat baik teman semakan dan ibadah. Cinta mereka
berdua amat kuat. Abang siap baring dan mencium puara sahabatnya. Lama juga dia
melepaskan rindu. Nampak gembira dari air mukanya. Allahurobbi.
Tapi kuasa Allah menentukan qada dan
qadar. Malam tadi 10 Mei 2017, abang kembali menghadap penciptanya. Pada hari
Rabu yang sama hari sahabatnya meninggal, dan genap dua minggu tarikh arwah
sahabatnya meninggal. Sambil ku melihat airmata abg meleleh membasahi alur
hidungnya. Kini kucing yang berkongsi makan bersama, bersembang bersama dengan
tuannya, dan menemani tuannya bersolat dan berwirid telah tiada. Mungkin ini
janji mereka berdua yang Allah makburkan. Tenanglah kau disana Abang bersama
atok.
Nanti kat sana 'abang cakap dengan
Allah, atok jaga abang dan sayang adik adik abang. Pimpin tangan atok masuk
syurga ya bang.
Kucing bernama 'Abang'.
Sahabat, atok iaitu ayahandaku.
Sahabat, atok iaitu ayahandaku.
0 comments:
Post a Comment