kisah cinta agung kepada
tuannya sangat memberi inspirasi kepada semua manusia yang melihat keaadaan
ini. Bayangkan ketika semua ahli keluarga dan sahabat hamdai pulang selepas
talkin. kucing yang seekor ini masih menanti ditepian kubur yang masih merah
tanahnya. Disini kita dapat lihat betapa agungnya kucing sejenis binatang yang
sangat penyayang dan sentiasa merindui tuannya yang membantu menjaga ketika
kecil hingga besar.
Dalam
sejarah islam juga. Kucing adalah haiwan yang sangat istimewa. Rasulullah S.A.W
juga sangat menyayangi kucing. Diceritakan juga, ada seorang sahabat Nabi suka
mengendung seekor kucing dalam jubahnya lalu baginda memanggil lelaki itu
dengan nama Abu Hirairah r.a (Bapa Kucinng). Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah
kerana dia gemar bermain dengan anak kucing.
Diceritakan
pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah S.A.W. dia
ditanyai apa yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak
kuching yang ada dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah r.a. oleh
Rasullullah S.A.W. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu
Hurairah r.a. Abu Hurairah ini adalah seorang perawi hadith dan salah
seorang daripada sahabat Baginda yang sering mendampingi Banginda kemana jua.
Dalam
satu lagi kisah, Rasulullah S.A.W juga pernah mencela seorang gadis yang
menyeksa kucing sehingga kucing itu mati. Wanita itu tidak memberi makan kepada
kucing itu, mengurungi kucing itu dan tidak melepaskan kucing itu untuk mencari
makan sendiri. Ada sesetengah Ulama' juga berpendapat bahawa wang hasil penjualan
adalah dilarang.
Oleh yang demikian..janganlah kita menganiayai kucing. Sayangilah dan peliharalah haiwan kesayangan rasullah dan sahabatnya.... sekian...wallahualam..
Oleh yang demikian..janganlah kita menganiayai kucing. Sayangilah dan peliharalah haiwan kesayangan rasullah dan sahabatnya.... sekian...wallahualam..
0 comments:
Post a Comment