Monday, June 26, 2017

Filled Under:

Keakraban anak kucing, burung hantu jadi tarikan

OSAKA 22 Julai – Keakraban seekor anak kucing dan burung hantu di sebuah kafe di Osaka, Jepun bukan sahaja unik, malah menjadi bualan mulut pengguna internet seluruh dunia setelah gambar ke­dua-dua haiwan itu mula dimuat naik ke laman sosial baru-baru ini.

Menurut Mail Online, seperti tidak boleh dipisahkan, anak kucing jenis Scottish Fold bernama Marimo itu berkawan rapat de­ngan burung hantu, Fuku yang mula dikenalinya di Kafe Hukulou di Osaka.
Walaupun pada hakikatnya bu­rung hantu dan kucing adalah musuh tradisi sejak dulu lagi, Marimo dan Fuku pula bagai isi de­ngan kuku dan sering melakukan semua aktiviti bersama termasuk makan, bermain, bermanja, dan tidur sekali.

Beratus-ratus gambar dan vi­deo pasangan haiwan comel itu dimuat naik oleh pelanggan kafe tersebut yang adakalanya hanya mengunjungi tempat tersebut semata-mata mahu menyaksikan gelagat mencuit hati oleh Marimo dan Fuku.

Jepun sangat terkenal dengan konsep kedai kopi yang turut menyediakan haiwan-haiwan comel seperti anak kucing, anjing, arnab, dan kambing, namun kelincahan Marimo dan Fuku sudah tentu menjadi perhatian serta daya tarikan berbanding tempat lain.

Seorang jurugambar, Ritsuko Nagahana yang mengambil gambar haiwan itu berkata, dia sangat kagum melihat persahabatan Marimo dan Fuku.
“Persahabatan dan hubungan dua haiwan ini mereka sangat bersahaja dan benar. Gambar-gambar ini pasti memberi inspirasi dan makna kepada semua,” katanya.






0 comments:

Post a Comment