Bagi anak-anak Sik yang mengenali daerah asal mereka, sudah tentu mereka akan berbangga dengan tanah tumpah darah mereka, "tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat mereka bermain", bukan?
Sik sebenarnya merupakan daerah terbesar di Kedah yang merangkumi 1635 kilometer persegi, bersamaan dengan 17.35 peratus dari jumlah keluasan seluruh negeri Kedah.
Keluasan tersebut sebenarnya adalah lebih luas berbanding seluruh negeri Perlis (795 kilometer persegi) , Pulau Pinang (1033 kilometer persegi) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (342 kilometer persegi).
Menurut sejarah, nama Sik berasal daripada perkataan Arab iaitu "Syed" atau "Sheikh" dan jika disebut dalam loghat pattani (selatan Thai), ia berbunyi "Sik", dan sebutan tersebut adalah di antara bunyi Sik dan Saik.
Difahamkan, nama tersebut dipelopori dari para mubaligh Arab yang membuka penempatan awal di kawasan berkenaan di mana mereka berhenti dan singgah dengan perahu di Lubuk Tok Keramat, Sg Chepir, yang terletak berhampiran pekan Sik sekarang.
Mereka telah mendirikan khemah-khemah di sebuah padang yang dikenali sebagai Padang Tok Sheikh dan tapak ini kemudiannya berkembang menjadi sebuah penempatan baru yang menyaksikan pondok yang pertama di daerah Sik.
Sumber sejarah juga tidak menolak tentang kemungkinan pondok berkenaan mungkin pondok yang pertama didirikan di negeri Kedah.
Padang Tok Sheikh sekarang ini terletak berhampiran dengan Masjid Pekan Sik dan kini dibangunkan kerajaan sebagai Kompleks Pejabat Agama Daerah Sik.

0 comments:
Post a Comment