Monday, June 12, 2017

Filled Under:

Akta Aksem Dijangka Dapat Digunakan Penghujung Tahun

PADANG BESAR  - Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) dijangka dapat digunakan sebelum penghujung tahun ini, sekali gus bakal memantapkan kordinasi operasi kawalan sempadan darat di negara ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Ismail berkata, akta tersebut sudah pun selesai dibentangkan di Parlimen pertama kali dan sedang menunggu pembentangan seterusnya yang dijangka pada Julai nanti.

Kata beliau, Akta Aksem penting kepada agensi itu bagi menyelesaikan masalah berhubung penyelarasan penugasan antara agensi-agensi lain yang berkaitan.

“Kita menjangkakan pembentangan ini tiada masalah dengan pihak pembangkang kerana ia melibatkan soal keselamatan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Program Penerapan Nilai-nilai Murni di Kawalan Pemeriksaan Aksem di Chuping di sini semalam.

Yang turut hadir Komander Aksem negeri, Deputi Superintenden Syed Basri Syed Ali.

Selain negeri ini, Mohamad telah melakukan program sama di Kedah, Kelantan dan yang terakhir di Perak nanti.

Dalam program tersebut, beliau beramah mesra dengan anggota bertugas selain menyampaikan sumbangan makanan untuk berbuka puasa dan akan turut menyertai acara bersahur bersama-sama mereka pada esok. 

Sumber : Utusan Online




0 comments:

Post a Comment