Taksir Mimpi.
Di bawah ini kami senaraikan tafsir mimpi mengikut peristiwa yang
dimimpikan. Senarai tafsir mimpi ini tidak semestinya betul dan tepat, tidak
juga boleh dipercayai 100% melainkan jika ia disebut dalam Al-Quran atau hadis
nabi secara jelas.
Senarai tafsir mimpi ini sekadar rujukan dan panduan sahaja. Hakikat
sebenar tentang maksud mimpi kita hanya Allah sahaja yang tahu. Kadang2 mimpi2
itu hanyalah mainan tidur. Kadang2 ia merupakan alamat atau tanda untuk kita
mendapatkan sesuatu atau berlaku sesuatu perkara.
Berdoa dan berserahlah kepada Allah. Hanya kepada-Nya tempat kita
percaya dan bergantung harap. Usah percaya kepada ramalan dan tafsir
mimpi yang entahkan benar, entahkan tidak. Kerana ia boleh mendekatkan kita
dalam keadaan syirik kepada Allah. Nauzubillah…
1. Bermimpi menunaikan
solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.
2. Bermimpi berlaku
perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan
dunia dan akhirat.
3. Bermimpi memasuki
masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya anda akan
mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan
ia akan segera sembuh.
4. Bermimpi beri
sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia.
5. Bermimpi memohon
doa kepada Allah Taala atau membaca qur’an di rumah anda alamatnya anda akan
terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan.
6. Jika bermimpi
membaca qur’an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda.
7. Jika bermimpi
berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat
besar.
8. Jika bermimpi diri
anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa.
9. Bermimpi
sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia
dan akhirat.
10. Jika bermimpi melihat pelita atau
sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat
dilakukan oleh orang lain Bermimpi diri atau rumah anda terbakar
menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat.
11. Jika bermimpi melihat jalan masuk ke
kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira.
12. Jika bermimpi melihat jalan yang
lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala Jika
bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat
keuntungan yang besar.
13. Jika bermimpi melihat jalan yang
sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran.
14. Bermimpi perisai terlalu banyak di
rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan
15. Bermimpi mengenai anak panah
menandakan anda akan mendapat surat Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya
anda akan mengirim berita kepada orang.
16. Bermimpi memanah kayu menandakan akan
berlaku kematian.
17. Bermimpi bermain besi memberi alamat
sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan.
18. Bermimpi bermain dengan senjata
menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang
dilakukan untuk kebajikan Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda
akan mendapat harta atau kenaikan pangkat.
19. Bermimpi memakai gelang perak di kaki
alamatnya anda akan mendapat kebajikan.
20. Bermimpi duit terbelah dua alamatnya
anda akan bergaduh.
21. Bermimpi bertengkolok besar atau
berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar.
22. Bermimpi berkain hijau alamatnya
segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.
23. Bermimpi memakai kain memberi alamat
anda akan mendapat keuntungan yang besar.
24. Jika bermimpi kain di pinggang
terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya.
25. Bermimpi mengenai bunyi gendang di
dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati.
26. Jika bermimpi bunyi rebab alamat
beroleh kegembiraan dalam hidup.
27. Jika bermimpi makan kuih apam
alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja
atau orang besar kehendak anda akan tercapai.
28. Bermimpi makan gula alamatnya
seseorang akan berduka cita.
29. Bermimpi makan makanan masam memberi
alamat anda akan sakit atau berdukacita Jika bermimpi memakan ubat alamatnya
anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa.
30. Sekiranya bermimpi diri anda telah
sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.
31. Jika bermimpi muka anda merah atau
hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.
32. Jika bermimpi gigi anda patah
menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
33. Jika bermimpi diri anda dipukul orang
atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.
34. Jika bermimpi dimarahi guru,
menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.
35. Jika bermimpi rumah anda atau rumah
orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.
36. Jika bermimpi naik ke rumah besar
atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
37. Jika bermimpi membuat rumah atau
dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya
anda.
38. Jika bermimpi melihat rumah yang
tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat.
39. Bermimpi tangga rumah patah
menandakan anda akan dikhianati.
40. Sekiranya di dalam mimpi anda anda
berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna.
41. Jika bermimpi tidak boleh berenang
atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau
ilmu.
42. Sekiranya anda bermimpi berjalan atau
berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang.
43. Bermimpikan ayam sambung menyambung
menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik
44. Jika bermimpi melihat Allah Taala
dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu, segala kehendak
akan diperolehnya dan dialah Wali Allah yang beroleh kebesaran di dunia
dan akhirat.
45. Sekiranya seseorang bermimpi melihat
Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga.
46. Jika bermimpi melihat malaikat
Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
47. Jika di dalam mimpi seseorang itu
melihat titian siratulmustaqim, seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang baik
dan dijauhi daripada kejahatan.
48. Sekiranya bermimpi melihat pendita
atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w.
49. Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih
ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan.
50. Jika bermimpi memegang dakwat atau
kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal.
51. Jika bermimpi mata atau tubuh anda
bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna.
52. Jika bermimpi mencukur bulu ketiak
menandakan anda akan terlepas dari harta yang ditanggung.
53. Jika bermimpi berjumpa dengan orang
alim alamatnya anda akan menjadi penghulu besar.
54. Jika bermimpi memotong rambut
menandakan anda akan bercerai dengan isteri.
55. Bermimpi membuang darah menandakan
anda akan sembuh dari penyakit.
56. Jika bermimpi paras anda mempunyai
perempuan alamatnya anda akan memperoleh harta atau anak.
57. Jika bermimpi diri anda mati
menandakan anda akan panjang umur tetapi jika bermimpi mati hidup semula
alamatnya kehendak anda akan diperoleh.
58. Sekiranya diri anda bermimpi dibawa
ke kubur alamatnya anda akan beroleh kekayaan.
59. Jika bermimpi kanak-kanak datang
kepada anda menandakan anda akan memperoleh harta yang banyak.
Sebahagian dari mimpi yang kita alami
mungkin adalah mainan tidur(gangguan syaitan). Bergantung kepada waktu
kita tidur dan kebiasaanya mimpi yang benar selalu berlaku
apabila keadaan kita tidur dengan nyenyak terutama 1 jam selepas lena
tidur sehingga sebelum waktu subuh. Setiap perkara yang berlaku,
berserahlah kepada Qada dan Qadar kerana Allah S.W.T lah yang maha
mengetahu