Dalam banyak-banyak makanan yang sedap kalau di cicah dengan
sambal kicap, tempe merupakan salah satu makanan yang sedap digoreng begitu
sahaja dan di cicah dengan sambal kicap.
Tempe ni kalau makan panas-panas memang best gila kot!
Biasanya tempe dijual di kedai runcit atau pasaraya dengan bersalut plastik
ataupun suratkhabar. Goreng pun sedap , buat sambal tempe lagi sedap!
Makanan ini sangat sinonim dengan masyarakat di Indonesia
ataupun jawa. Rugi kalau korang tak suka makan tempe tau, nak tahu kenapa? Ini
sebab-sebab yang korang perlu tahu:
1)Tempe
mengandungi khasiat kalsium yang sama dengan air susu. Kajian ini dikeluarkan
sendiri oleh Timbalan Dekan dan Professor Pemakanan Dietetik UKM. Selain itu,
tempe berkesan untuk mencantikkan wajah korang.
2) Ya, tempe
mampu mencerahkan kulit wajah dan tiada kesan bahaya malah akan menampakkan
korang sentiasa kelihatan muda. Kenyataan ini disahkan sendiri oleh penyelidik
Kanan Pusat Penyelidik Bioteknologi Industri SIRIM.
3) Selain itu, tempe boleh mengurangkan kolestrol, meningkatan
kekuatan tulang, mengurangkan gejala monopous awal dan kandungan protein sama
tinggi seperti daging.
4) Tempe
sangat bagus untuk mereka yang ada tekanan darah tinggi. Kenapa? Tempe
mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan dimana membantu
menurunkan tekanan darah tinggi.
5) Kalau
korang ada masalah cirit birit, amalkan makan tempe sebab kandungan protein
yang tinggi mempercepatkan tempe untuk dicerna. Tempe juga boleh mengelakkan
individu terkena keracunan makanan.
Haaa nampak je
tempe ni macam tiada khasiat kan, tapi sebenarnya banyak khasiat dan kebaikan
untuk badan manusia.
Dah Baca, Jangan
Lupa Komen Dan Share Ya. TQ
SUMBER :
petuaibu.com
0 comments:
Post a Comment