Seorang pembantu klinik
mendapat cedera ringan selepas terjatuh ketika berpaut pada Perodua Myvi
miliknya yang dilarikan oleh penjenayah bersama-sama dua anaknya yang berada
dalam kenderaan itu di Taman Pulai Indah, Johor Bahru.
Wanita berusia 32 tahun itu ketika kejadian yang berlaku pada jam 7.45 pagi sedang mengambil payung di dalam bonet sebelum seorang lelaki dilihat masuk ke dalam kenderaan mangsa.
Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri berkata, ketika kejadian berlaku mangsa yang hendak menghantar dua anaknya, seorang lelaki berusia lima tahun dan seorang perempuan berusia tiga tahun baru tiba di rumah bapanya di Taman Pulai Indah.
"Ketika itu hujan dan mangsa keluar mengambil payung di bonet kereta. Dia nampak seorang lelaki bertopi warna biru masuk ke dalam kereta.
"Mangsa cuba membuka pintu kereta kerana kedua-dua anaknya masih berada di dalam, tetapi pintu kereta sudah dikunci," katanya.

Katanya, wanita itu cuba
berpaut pada kereta namun terjatuh selepas suspek melarikan kereta itu bersama
anaknya.
Ujar Noor Hashim lagi, adik lelaki wanita itu cuba mengejar kereta terbabit sebelum ternampak anak perempuan mangsa ditinggalkan di tepi jalan beberapa lorong dari rumah bapa mangsa.
"Mangsa kemudian ke Balai Polis Kangkar Pulai untuk membuat laporan dan ketika di balai polis, mangsa menerima panggilan daripada adiknya memaklumkan ada orang menjumpai anak lelakinya di laluan masuk Taman Pulai Indah dan menghantarnya semula ke rumah bapa mangsa.
"Turut dilarikan ialah telefon bimbit jenis Samsung Note 2," katanya.
Manakala kereta mangsa yang dibawa lari itu dijumpai terlibat dalam kemalangan di kawasan Ulu Choh pada 8.45 pagi dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah lori.

Suspek bagaimapun berjaya
melarikan diri bersama seorang lagi rakannya.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 363 Kanun Keseksaan," katanya.
Sumber : myMetro

0 comments:
Post a Comment