Sejak dahulu lagi rata-rata masyarakat mengatakan air kelapa
memiliki kesan yang paling mujarab pada kesihatan manusia.
Air kelapa sememangnya sangat baik jika diminum setiap hari, dan
kesan dari pengambilan air ini lama-kelamaan dapat dirasai sendiri oleh anda.
Ajaibnya, air
kelapa dan plasma darah dalam aliran darah manusia mempunyai struktur yang
serupa. Hal ini dibuktikan dengan penggunaan air kelapa sebagai pengganti darah
semasa zaman perang di masa suatu ketika dahulu, dan dengan cara ini banyak
nyawa manusia dapat diselamatkan.
Hari ini air
kelapa telah digunakan di seluruh dunia, dan anda boleh menemuinya di pelbagai
tempat di persekitaran kita. Kadangkala rasa airnya tidak lagi segar, tetapi
daya detoksifikasi dan manfaat kesihatan lain dari air kelapa sangat tak
diragukan lagi.
Dipetik dari
laman healthyfoodteam.com, air kelapa boleh menguatkan sistem kekebalan tubuh
anda dan menghilangkan bakteria yang menyebabkan jangkitan saluran kencing,
gonorea, penyakit gusi dan virus yang menyebabkan selesema, jangkitan pelbagai
penyakit dan tifus.
Air kelapa
dapat meningkatkan tenaga dan pengeluaran kelenjar hormon tiroid. Air kelapa
bertindak sebagai diuretik semulajadi dan sangat membantu bagi orang yang
mempunyai penyakit buah pinggang. Ini akan membantu membersihkan saluran
kencing dan saluran pundi kencing. Berkhasiat menghilangkan racun dan membantu
memecah batu buah pinggang.
Air kelapa mengandungi jumlah serat yang tinggi, sehingga sangat
baik untuk pencernaan.
Kerana air
kelapa rendah lemak, anda boleh meminumnya dalam jumlah banyak. Air kelapa akan
mengurangkan nafsu makan anda kerana selepas meminumnya anda akan merasa
kenyang, jadi secara tak langsung membantu penurunan berat badan.
Cuba basahkan
kapas atau kain dengan air kelapa dan letakkan pada kulit jika anda mempunyai
jerawat, kulit berminyak atau kering. Air kelapa akan membuat kulit lebih
bersih dan segar, dan pori-pori akan terbuka.
Campur air
kelapa dengan minyak zaitun untuk membersihkan pencernaan dan menghilangkan
parasit usus.
Para pengkaji mendakwa bahawa air kelapa juga membantu mengatasi
beberapa masalah kesihatan semasa mengandung. Dengan hanya satu cawan air
kelapa anda akan menyeimbangkan elektrolit, sehingga anda akan terhindar dari
hipertensi atau juga dikenali sebagai tekanan darah tinggi.
Jika anda
ingin kulit anda cerah dan dilindungi sepanjang hari, minumlah satu gelas air
kelapa. Jika anda kehilangan terlalu banyak tenaga dengan aktiviti fizikal yang
meletihkan, anda boleh memulihkan tenaga anda dengan air kelapa. Air kelapa
akan memberikan kesan positif pada setiap bahagian tubuh anda yang letih.
Air kelapa
juga sebagai anti oksidan sehingga membantu sistem kekebalan tubuh yang kuat, meningkatkan
tenaga, menghindari dari bakteria dan jangkitan, penurunan berat badan dan
banyak manfaat lain.
0 comments:
Post a Comment